Mengapa perlu Kertas 3 ( 1249/3) ?:
# Mempamerkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT )
# Memperkukuhkan kemahiran
pemikiran sejarah
# Merealisasikan pembinaan Negara Bangsa
Petikan Peraturan Pentadbiran Pengoperasian Sejarah Kertas 3 :
Perkara
6:
Calon boleh membuat rujukan
daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum sebagai persediaan
untuk menjawab tugasan spesifik yang akan diberi pada hari peperiksaan. Sumber
rujukan boleh diperoleh daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota, majalah,
keratan akhbar, internet dan sumber-sumber lain yang berkaitan

Perkara
8: Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti
elektronik ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
Format Pentaksiran Kertas 3 ( 1249/3 ) :
a) Jenis Instrumen : Tugasan
b) Jenis Item : Tugasan
c) Bilangan Soalan : 1
d) Pemberatan : 20%
e) Jumlah Markah : 100
f) Tempoh Ujian : 3 Jam
g) Konstruk : Memahami, Mengaplikasi,
Menganalisis, Menilai, Menjana idea,
Nilai
h) Cakupan Konteks : Sukatan
Pelajaran Tingkatan 4 & 5
i) Aras Kesukaran : Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah
murid di hujung
Tingkatan Lima.
No comments:
Post a Comment