Abu Humaid melaporkan, Rasulullah saw pernah melantik seorang dari golongan
Asad yang digelar al-Latibiyah bagi
mengutip zakat. Setelah menyelesaikan tugasnya, dia kembali dan berkata
kepada Rasulullah saw : Ini adalah
bahagian zakat dan ini pula hadiah yang diberikan kepada saya.
Apabila mendengar kata-kata lelaki tersebut, rasulullah saw segera berdiri
di atas mimbar. Setelah menyampaikan puji-pujian kepada Allah, dia berkata :
Kenapa ada orang yang
diberikan tugas kemudian dia berkata; Ini adalah bahagian zakat dan ini pula
hadiah yang diberikan kepada saya? Sekiranya dia menunggu di rumah bapa atau
ibunya, apakah ada sesiapa yang akan memberikannya hadiah atau pun tidak? Demi
diriku yang berada di dalam kekuasaan Allah, siapa sahaja yang menerima sogokan, dia bangkit pada hari kiamat dalam
keadaan tengkuknya dibebani dengan seekor unta yang sedang mengeluarkan
bunyinya, atau seekor lembu yang sedang mengemboh, atau seekor kambing yang
mengembek.
Menurut Abu Humaid lagi, setelah itu rasulullah saw menadahkan kedua-dua
tangannya sehingga kami dapat melihat ketiaknya yang berwarna putih. Dia
berkata ; Ya Allah, apakah saya sudah
menyampaikannya?
Rasulullah mengucapkannya sebanyak
dua kali.
( Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan Abu
Daud )
Wallahu a’alam.
(Khutbah Rasulullah; Rohidzir Rais 2011)
No comments:
Post a Comment