Seorang sahabat menceritakan, dia bersama beberapa rakannya mencari Abu Zar
di Rabzah bagi menyerahkan sesuatu kepadanya. Tetapi mereka tidak menemuinya.
Mereka mendapat berita yang beliau sedang menunaikan haji, lalu mereka segera
ke Mina dan menemuinya di sana.
Ketika mereka bersama Abu Zar,
tiba-tiba mereka mendapat tahu berita tentang perbuatan Uthman bin Affan
mengerjakan solat empat rakaat. Abu Zar tidak bersetuju dengan perbuatan
tersebut dan mengkritiknya. Katanya : Saya
pernah bersolat bersama Rasullah dan beliau hanya bersolat dua rakaat. Begitu
juga pengalaman saya bersama Abu Bakar dan Umar.
Tetapi selepas itu, Abu Zar bangun dan mengerjakan solat empat rakaat. Lantas
salah seorang yang menyaksikan peristiwa itu bertanya kepadanya : Saudara mengkritik perbuatan
Amirul-Mukminin, tetapi mengapa saudara melakukan perbuatan yang sama.
Abu Zar menyatakan bahawa perbezaan pendapat sudah semakin serius. Dia
menceritakan kepada kami pidato yang pernah didengarnya daripada Rasulullah.
Menurutnya, Rasulullah berkata: Seorang
pemimpin akan muncul selepas saya. Jangan sesekali kamu menghinanya. Siapa
menghinanya, bererti dia melepaskan ikatan-ikatan Islam daripada dirinya, dan
taubatnya tidak diterima.
Menurut Abu Zar, selepas itu, Rasulullah saw berpesan kepada mereka.
Katanya: Jangan kamu kalah dengan kami
dalam tiga perkara, iaitu; mengajak melakukan kebaikan, menyekat kejahatan dan
mengajar orang ramai mengamalkan sunnah.
(
Direkodkan oleh al-Imam Ahmad )
Wallahu a’alam.
(Khutbah Rasulullah; Rohidzir Rais 2011)
No comments:
Post a Comment