…….khalifah akan umatnya pada sejarah
bicara Ali
pada Umar
hijrah
dipilih terpancar sirah
pemisah kebatilan
dan kebenaran
lantang menyerlah
titik tolak Mekah
Madinah.
Hijrah rasulullah
tidak sama hijrah anbia’ terdahulu
bukan kerana
fitnah, seksa, tekanan musuh melulu
bukan sekadar
cari bumi subur benih dakwah
terkibar
wawasan bagi muslimin berdiri megah
bukan kerana lari
tetapi menyahut panggilan iman
di medan bayangan
harapan fajar kemenangan.
Demi jihad cita-cita
murni dan pengorbanan
nanti akan
tertegak sebuah pemerintahan terbina, terjulang umat
dalam
kejayaan
Hijrah
rasul para sahabat itu merelakan
keluarga,
sanak saudara tersayang, kampung halaman
kasih kota
kelahiran ditinggalkan
kerana akidah dan
tuhan.
Kini fajar hijrah
tiba
dalam endah tak
endah manusia
kita adalah
umatnya
mohon rahmat,
hidup sejahtera
bisakah kita
berbangga mulia kedatangannya?
memperingati
sirah melihat peribadi agung
Kita pun
berhijrah hadapi cabaran, rintangan
sabar, tabah,
teguh hati tempuh kesulitan
bagaikan dalam
Firman:
Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah
serta berjihad pada jalan Allah
dengan harta benda dan jiwa mereka
adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi
Allah.
Kita renungi
sirah dan makna
cari kebahagiaan dari suratan peristiwa
dengannya kita
lakukan perubahan sekarang
bisakah dengan
semangat hijrah itu
kita kukuhkan padu
kesatuan yang jitu
di landasan
ukhuwwah islamiah bersatupadu
maka seluruh umat
tidak boleh tidak akan bernaung
kukuh, sujud,
taat kepada Allah yang Maha Pengampun.
Kita kutip setiap
sesuatu tauladan yang bijaksana
lihatlah
bagaimana didirikan Quba’
masjid pertama
itulah rumah
ibadah
bukan kediaman
indah sempurna.
begitu rasul
mempersaudarakan Muhajirin dan Anshar
Yahudi dan
Nashrani
sepakat kata
lahir damai suasana
Bisakah kita
menimba hikmah dan iktibar
di saujana gurun terbangun
kehidupan ummah
saling membantu
berkerjasama kukuh ketakwaan.
menyatukan
kumpulan yang saling bertelagah, bermusuhan,
berperang dan
berbunuh-bunuhan
bagaikan Aus dan
Khazraj menjalinkan kasih sayang
kita kini sedang
berpecah tidak ketentuan
tersilap langkah bisa
ke gaung kehancuran.
Sudahlah, lihatlah
umat kita daif
harta kekayaan
mundur ilmu
pengetahuan
mundur akal
fikiran
Tanya diri
bagaimana dan di
mana jalan buat kita
kembalikan
kegemilangan zaman
teguh, utuh umat dalam
satu kesatuan iman?
bisakah kita
muhasabah jati diri
musafir kitakan
hampir ke akhir?
akal yang waras
akan fahami dua alam
antara maju
kehidupan dan berjaya sesudah kematian
ke mana hasil
usaha untuk di bawa sebagai bekalan.
.......dan akan
kembaralah kita ke masyar
adalah debar.
Hijrah kita
adalah demi kemajuan dan perubahan
daripada tidak
baik kepada yang baik
daripada baik
kepada yang lebih baik
sehingga semuanya
memang yang terbaik
lalu kita
bermohon
cetusan iman
berpadu jihad
antara amal makruf
nahi mungkar terpaku kejap
dalam jiwa dan
rasa
dalam fikir dan
ilmu berguna
bukan permusuhan
dan nafsu serakah
akan mengubah
jasmaniah dan rohaniah
mengenali makna
dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment