Abu Mu’thi al-Bakhi bertanya
kepada Hatim al-Asam : Saya dengar anda mengharungi padang
Sahara yang sukar itu tanpa membawa sebarang
bekalan. Jawab Hatim : Mungkin orang mengatakan begitu, tetapi saya membawa
empat jenis bekalan:
a. Keyakinan bahawa dunia
berserta isinya dan akhirat di bawah kekuasaan Allah.
b. Keyakinan bahawa seluruh
makhluk adalah hamba Allah
c. Percaya bahawa segala urusan
rezeki dan persoalannya di bawah kekuasaan Allah.
d. Percaya bahawa segala yang
dikehendaki Allah pasti akan terjadi kerana Allah adalah penguasa dan pemilik
alam ini.
( Minhajul Abidin Wasiat Imam Al-Ghazali; Ir Zakaria
Adham )
Wahai Tuhanku, inilah hambaMu
yang mengembara kembali menghadap rahmatMu, segala maksiat kembali kepada
kebenaran, hamba-Mu berdosa menghadap dengan memohon keampunan. Ampunilah aku
dengan kemurahanMu, terimalah aku dengan kurniaMu dan pandanglah aku dengan
rahmatMu. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang telah lalu dan peliharalah
sisa-sisa hidupku. Sungguh, segala kebaikan itu seluruhnya berada padaMu dan
Engkau adalah yang paling penyayang dan Maha Mengasihi kami.
Ya Allah yang menampakkan
berbagai permasalahan yang besar, yang akhirnya dituju oleh kaum yang bingung.
Ya Allah, yang sangat berkuasa, jika mengkehendaki sesuatu maka sudah cukup
dengan berFirman: Yakni kamu, bererti
ia ada. Kami telah bergelumang dengan dosa-dosa dan kepadaMulah kami pohon
keampunan baginya. Ya Allah, yang
tidak diragui segala urusan yang banyak dan dengan pendengaran yang sempurna.
Wahai Allah yang tidak pernah salah dengan permintaan yang banyak. Ya Allah
yang tidak pernah merasa bosan menerima permintaan yang terus-menerus,
curahkanlah kepada kami perasaan tenang kerana ampunanMu nikmatnya rahmatMu. Ya
Allah yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Engkau adalah Maha Kuasa
atas segala sesuatu.
Ameen.
No comments:
Post a Comment