Friday, May 22, 2015

Prestasi Cemerlang



Esei 51

Rahsia mencapai kecemerlangan dalam sekolah di kalangan murid:

1. Penggunaan masa yang produktif. Persekolahan adalah satu aktiviti perniagaan, dan urusan berniaga hendaklah mendahului keseronokan.Mereka belajar di mana-mana dan merebut setiap peluang pengajian.Setiap minit adalah progresif dan tiada waktu disia-siakan mencari-cari pembaris atau pensel yang hilang!

2. Sentiasa seiring atau mendahului guru. Orang yang hebat dan berjaya mencetus kebangkitan dirinya sendiri dengan memberi 100% tumpuan, minat dan kefahaman dalam semua perkara yang diajar. Jika terlepas sedit, terus menyambar semula dengan pantas. Dia terus mengulangkaji selepas waktu sekolah apabila segala ilmu yang ada masih segar dalam mindanya. Dia juga mendahului jadual guru dengan berusaha untuk memahami kandungan sesuatu pelajaran yang kelasnya masih jauh di depan.

3. Cekap mengendalikan projek kelas dan peperiksaan. Ia cekap mengumpul bahan relevan dan penting daripada perpustakaan bagi meningkatkan kualiti jawapan peperiksaan. Dia bukan sahaja memecah tugas-tugas yang kompleks ke dalam bahagian-bahagian yang lebih terurus, malah menanganinya mengikut keutamaan dan kepentingan.Dia menguji dirinya secara meluas dengan mengerjakan latihan menjawab soalan peperiksaan lampau dan ramalan. Di hari peperiksaan, dia dapat menggunakan segala fakulti yang telah diasahnya dengan yakin.

4. Tabiat membaca dan memupuk kemahiran yang baik. Banyak bahan-bahan yang dibaca untuk maklumat berguna dan bedrmanfaat dengan kemahiran membaca dan memahami dengan pantas.

5. Gaya mengambil nota dan daya ingatan yang cemerlang. Nota panjang diringkas menjadi mudah untuk diulangkaji, mudah difahami dan diingat agar mudah disorot semula tanpa menghilangkan data penting. Gunakan kemahiran mengingat sebaik mungkin.

6. Ketrampilan dan hubungan baik. Disamping paras rupa yang menarik, kecantikan dari kertas kerja dan kata-kata ucapan yang bernilai tinggi juga perlu. Ia memberikan keseimbangan psikologikal yang baik. Pertanyaan bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk menerangkan kegelapan dan menjelaskan keraguan.

7. Teliti dan keupayaan untuk bekerja lebih.Jalan untuk cemerlang adalah belajar melalui latihan. Dia bekerja keras tetapi penuh kebijaksanaan. Penyelidikan menunjukkan masa mentelaah pelajaran oleh murid cemerlang dan biasa tidak banyak beza.Murid biasa boleh merenung buku berjam-jam lamanya tetapi amat sedikit ilmu yang diperolehi.

8. Disiplin, penumpuan dan ketabahan amat penting.

9. Keinginan yang kuat, matlamat yang jelas, dorongan yang mendesak dan citakan kejayaan. Pelajar cemerlang miliki semua ini. Kejayaan bagaikan syurga dunia!

Kebanyakan orang tahu apa ramuan yang perlu untuk berjaya. Cuma masalahnya ialah mereka tidak sedia untuk membayar nilai harganya - Rich Por

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment