Sunday, May 17, 2015

Organisasi yang baik, kaedah-kaedah dan kecekapan

Esei 49

Kehidupan yang berjaya memerlukan organisasi dan aturan. Pepatah Cina ada memberi amaran: Mulakan dengan seinci kesilapan di peringkat awal, hasilnya akan tersasar jauh beribu meter daripada matlamat.

Ingatlah:
a) Apa-apa yang anda selalu gunakan, sepatutnya berada paling dekat dengan anda. Ini mengurangkan masa dan gerakan membazir.
b) Sentiasa cari satu cara yang lebih baik atau lebih mudah untuk mengerjakan sesuatu
c) Kembalikan kesemua alat yang telah dgunakan tepat ke tempat asalnya supaya mudah untuk ditemui; termasuklah suatu sistem fail yang baik
d) Perlengkapkan diri anda dengan semua alat-alat yang perlu dan alat tulis
e) Wujudkan satu sistem bersepadu dan harmoni, perhatikan semuanya secara global agar dapat memberi jaminan masa depan
f) Amalkan budaya kerja yang bersih dan kemas. Sering didapati bahawa kelengkapan pajabat paling penting adalah bakul sampah.

Kecekapan bermaksud memberi khidmat dengan kos-kos dan usaha yang minimum. Suasana pejabat hendaklah selesa dan kondusif. Tempat kerja yang sempurna tidak harus menghalang kerja atau menganggu, pekerja bebas memberi tumpuan mencapai mutu kerja yang cemerlang.

Sistem adalah sebahagian dari alam semesta. Semua adalah teratur dan dikelola dengan baik. Sesunggunhnya,orang yang berjaya adalah berdisiplin dan bersistematik, dia mengatur tugas-tugas, menetapkan belajawan masa dan perbelanjaan dan bekerja dengan penuh kecekapan dengan potensi anugerah Tuhan. Tidak ada siapa yang terpaksa hanyut atau meraba-raba untuk mendapat kejayaannya.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment