Makkah, Arab Saudi
a) Al-Maliki
adalah al-Arif billah, seorang yang memiliki darjat tinggi di sisi Allah SWT.
Dia seorang pakar hadis, maka tidaklah berlebihan jika saya mengatakan dia
sebagai al-Muwatha’ berjalan. ( Al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad Sulaiman
Faraj; ulama Makkah)
b) Di
samping tercatat sebagai ahli tafsir dan ahli hadis, al-Maliki juga seorang
yang ahli dalam ketatanegaraan dan sosial kemasyarakatan. Saat saya menanyakan
masalah hak asasi manusia dalam Islam serta bagaimana penerapannya, beliau
menjawab dengan spontan, tidak sampai dua minit memikirkannya.
(A.Baharuddin Lopa; mantan Jaksa Agung RI)
c) Setelah
meneliti dan mempelajari kitab tersebut dengan saksama, pembahasan buku ini
dapat dijadikan dalil dan bukti tentang ajaran
Islam yang sebagaimana diajarkan oleh rasulullah saw dan para
sahabatnya. Dalam buku ini al-Maliki telah meletakkan pelbagai permasalahan
secara profesional, menjauhi sikap berlebihan dan tidak bersikap adil.
Al-Maliki telah cuba memperbaiki pelbagai pemahaman yang salah, disertai
nasihat kepada saudara-saudaranya kaum Muslimin. ( asy-Syeikh Hasanain
Muhammad Makhluf )
d) Dalam
kitab Mafahim, al-Maliki menggunakan pelbagai dalil yang sahih serta argumentasi
yang menakjubkan dan sangat rasional. ( asy-Syeikh Muhammad Khazraj )
e) Abuya
Maliki adalah tokoh ulama yang murah senyum, suka bersedekah dan karim terhadap
tetamu yang datang. Beliau selalu menanggung semua keperluan para muridnya.
Mulai dari makan, sandang, kitab-kitab pelajaran hingga wang saku. (K.H.
Ihya Ulumuddin)
f) Hidup di
rumah Abuya laksana berada di syurga. Tidak dapat terulang lagi, semuanya manis
tidak ada yang pahit. (al-Habib Ahmad bin Husein Assegaf)
g) Asy-Syeikh
Muhammad Alawi al-Maliki telah menjadi tempat kunjungan dan rujukan jamaah haji
Indonesia. Di Indonesia sendiri, beliau sebagai guru besar yang menjadi sumber
rujukan para ulama Indonesia dan seorang ulama yang sangat dihormati. (Dr.
Mertin Van Brunissen)
h) Kehidupan
al-Maliki bagaikan kehidupan sebatang pohon rendang yang tumbuh di padang subur
dan mengembang dalam lingkungan alam yang baik serta sentiasa diurus dan
dipelihara sehingga tumbuh semakin rendang, dedaunnya semakin subur dan buahnya
nampak ranum dan segar sehingga dapat dinikmati semua orang. (asy-Syeikh
Muhammad ath-Thayyib an-Najjar)
i) Alhamdulillah,
abang saya telah menyelesaikan segala dakwahnya. Allah SWT memangilnya dalam
keadaan yang sangat indah, pada hari Jumaat ketika dia sedang berpuasa,
mengEsakan Allah SWT dan dalam suasana syukur di bulan Ramadhan yang penuh
berkat. Para pencinta al-Maliki berkunjungan dari segala penjuru dunia. Ribuan
pentakziyah menghantar jenazah abang dan guru saya ini. Masya Allah! Bukan
hanya para ulama, kaum muslimin, bahkan para menteri kerajaan Saudi Arabia
mereka semua datang untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada as-
Sayyid Muhammad al-Maliki. ( as-Sayyid Abbas bin Alawi al-Maliki)
Wallahu a’lam.
Mutiara
Habaib Nusantara
Abdul Qadir
Umar Mauladdawilah
No comments:
Post a Comment