Esei 45
Pencapaian dan kemahiran
yang hebat boleh memperdayakan kerana rasa kagum boleh menyebabkan seseorang
itu memuji bakat, minda dan tenaga fizikal dan melupakan latihan, ketabahan dan
penat lelah yang dilalui selama ini. Mark Spitz yang telah memenangi 5 pingat
emas pada kejohanan Olympik 1975 berkata: Kita semua inginkan
kemenangan tetapi berapa ramaikah yang sanggup berlatih?. Saya
menekankan bahawa bakat adalah satu kebiasaan, ia adalah keazaman, tekad,
kerajinan bekerja dan ketekunan yang membezakan.
Untuk itu, disipilin
menuntut seseorang :
i) Membongkar keselesaan
hati
ii) Penafian diri
iii) Kuasa bangkit dan
laksana
iv) Membentuk disiplin
dan mengawal peragai
Connie Mark berkata:
Perkara pertama yang setiap manusia harus tahu adalah bagaimana untuk mengawal
diri sendiri. Disiplin tidak berakhir dengan ketepatan waktu dan kerajinan. Ia
merangkumi semua bentuk pengawalan diri. Mengawal fikiran yang berubah-ubah,
kata-kata kurang sopan, sikap tidak senonoh, kesombongan, keborosan, merosakkan
pendapat dan semua faktor kelemahan dan negatif. Disiplin memberi nilai kepada
masa kita, suasana, gaya hidup dan perwatakan individu itu sendiri.
a) Walaupun anda di garisan yang betul, anda masih akan dilanggar jika
anda hanya duduk di situ – Will Rogers.
b) Lima musuh yang tidak patut ada bersama kita adalah: ketamakan, terlalu
bercita-cita, kebanggaan dan cemburu. Jika musuh-musuh ini dapat dihapuskan
kita harus menikmati keamanan yang kekal abadi. – Petrach.
c) Jangan biarkan diri anda untuk menyerlahkan panas baran. Sentiasa ingat bahawa jika anda benar anda akan mampu mengawal panas baran dan jika anda silap, anda tidak akan mampu menghilangkannya. - J. Reynolds.
c) Jangan biarkan diri anda untuk menyerlahkan panas baran. Sentiasa ingat bahawa jika anda benar anda akan mampu mengawal panas baran dan jika anda silap, anda tidak akan mampu menghilangkannya. - J. Reynolds.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment