Jakarta
Beliau seorang yang istiqamah dalam ketaatan
kepada Allah SWT. Ibadahnya selalu diusahakan terjaga dengan sempurna, begitu
juga dalam hal berpakaian. Dia selalu pisahkan antara pakaian seharian dan solat
demikian juga sentiasa melaksanakan tahajud. Hingga suatu waktu, pembantunya dikejutkan oleh suara
tangisan dari bilik al-Habib Umar. Al-Habib memaklumkan : Saya tertudur dan
terlambat bangun satu jam untuk beribadah kepada Allah Ta’ala. Ketika itu,
pembantunya terbangun pada pukul 25.00 WIB. Subhanallah...padahal
al-Habib waktu itu berusia lebih dari 90 tahun....
Beliau senang menjamu tetamu. Sebelum fizikalnya
lemah, dia sering bangun dari duduknya untuk menyambut dan memuliakan tetamu
yang datang. Orang berebut mencium tangannya, namun dia sendiri sering mencium
kembali tangan mereka, baik daripada kalangan habaib ataupun bukan, besar,
kecil, tua atau muda.
Kunci
keberkatan
Sewaktu kecil, al-Habib Umar sentiasa membawakan
tempat air berukuran besar untuk mengisi penampungan air keperluan ibunya. Di tengah
terik matahari gurun pasir yang menyengat, dia berulang alik dengan jarak yang
jauh, dari rumah di pergunungan ke tempat pengambilan air. Ketika itu penduduk
sering menggambarkannya tempat air yang
berjalan sendiri atau tempat air yang
dibawa jin, kerana tubuhnya masih kecil sehingga tidak terlihat dari
kejauhan dan tertutup oleh besarnya tempat air yang dia pikul!
Diriwayatkan ketika ayahnya berusia lanjut, dia
tidur di bawah tempat tidur si ayah agar ia mudah terjaga untuk mengendong ayahnya
apabila terjaga dan ingin ke bilik air atau membantu menyediakan keperluannya
di malam hari. Siang harinya dia berdagang untuk memenuhi keperluan nafkah
dirinya dan orang tuannya.
Wallahu a’lam.
Mutiara
Habaib Nusantara
Abdul Qadir
Umar Mauladdawilah
No comments:
Post a Comment