Esei 48
Tanda sayangkan
pekerjaan antaranya; tetapkan matlamat, hidupkan keinginan yang kuat dan
tingkatkan motivasi kendiri. Sayangilah rakan-rakan sekerja kerana roh manusia
meliputi sekitaran tempat kerja. Pedulikan kelemahan mereka, tumpukan kepada
kelebihan kualiti yang boleh dikongsi bersama. Bertindak awal tanpa membuang
masa. Wujudkan keajaiban yang menarik di peringkat awal. Hubungan mesra dengan
ketua juga penting
Terdapat 6 fakta
mengenainya:
i) Prihatin kepada
karenah ketua anda. Buka sekadar kata-kata bahkan juga implikasinya. Jika perlu
buat nota catatan. Patuh kepada arahannya dan jika sesuatu ingin ditanya,
tanyalah dengan baik serta sopan.
ii) Serlahkan sifatnya,
tegaskan kekuatan, prestasi dan imej ketua anda. Buatkan supaya dia nampak
baik, walaupun lembu punya susu sapi yang dapat nama.. Lindungi kelemahannya.
Bantu beliau untuk berjaya, samada secara jelas atau halus. Maklumkan dia
dengan maklumat lengkap dan awal (terutamanya sebelum mesyuarat), bukan anda
ambil kesempatan untuk merendahkan kewibawaannya! Apabila dia berjaya, anda pun
turut sama-sama mendapat imbuhan.
iii) Permudahkan hidup
ketua anda. Selesaikan masalah anda sendiri. Sentiasa menjadi pembawa berita
yang baik, ringkas dan tepat. Tegaskan kepada perkara-perkara positif:
rintangan dan halangan hanya cabaran.
iv) Jadilah subordinat
yang penting, tidak dapat tidak. Sentiasa bersedia untuk berkhidmat lebih dari
sepatutnya dan mendahului orang lain, melaksanakan tugasan yang paling
mencabar. Ceburkan diri dalam semua projek agar nama anda dikenali ramai.
v) Jadilah sahabat yang
setia dan amanah. Berkongsilah bersamanya dalam operasi pelaksanaan kerja, ide,
kesempatan yang muncul, alternatif. Perkenalkan beliau dengan orang-orang
penting.
vi) Kekalkan hubungan
yang cemerlang dengan setiausaha, kawan dan keluarganya.
Tidak ada masa depan
dalam apa jua jenis pekerjaan, yang nyata hanya anda yang wujud, justeru
segalanya tertakluk kepada diri anda! Jagalah kerjaya anda. Mulakan kerja esok
dengan semangat baru seolah ia adalah hari pertama anda di tempat kerja baru,
ia juga akan jadi hari pertama dalam kehidupan anda!.
a) Seseorang akan berasa
lega dan riang apabila dia mengusahakan sebaik mungkin sesuatu pekerjaan dan
dengan sepenuh hati. –Emerson
b) Jika anda memounyai
tugas tanpa dugaan, anda tidak mempunyai satu tugas. - Forges
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment