Friday, May 8, 2015

Kelebihan bersugi

Bab 7

Sunat berniat dengan bersugi itu, seperti katanya: Menyengaja aku akan sunat bersugi. Dan jika tiada berniat, tiada dapat pahalanya. Dan sunat bersugi dengan tangan kanan.Dan kaifiat pegangnya, bahawa dijadikan jari kelingking dan ibu tangan di bawahnya dan dijadikan jari manis dan jari tengah dan telunjuk di atasnya. Dan makruh bahawa lebih panjang kayu sugi itu daripada sejengkal kerana kata qil : Bahawasanya syaitan menunggang ke atas yang lebihnya.

Dan sunat dimulai dengan pihak kanan mulut hingga setengahnya, kemudian dimulai dengan pihak kirinya hingga setengahnya di luar gigi dan di dalamnya, kemudian dilalukan atas sekaliannya dan atas lidahnya dan langit-langit halkumnya.

Wallahu a’lam

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013

No comments:

Post a Comment