Hadis 38
Ikhlas
[3:51] Ibnu Majah dan Hakim meriwayatkan dari sahabat Anas ra, bahawa rasulullah saw
bersabda: Barangsiapa berpisah dengan
dunia di atas keikhlasan kepada Allah semata dan tidak ada sekutu bagiNya,
mendirikan solat, menunaikan zakat, maka dia akan berpisah dengan dunia dan
Allah redha kepadanya.
Hadis 39
Redha
Allah
[3:51] Abu Daud dan An-Nasa, Meriwayatkan dengan
sanad jayyid dari Abu Umamah, dia menuturkan bahawa ada seorang lelaki yang
menemui rasulullah saw kemudia berkata: Bagaimana pendapat baginda tentang
seorang lelaki yang berperang dengan tujuan mengharap upah dan disebut-sebut
orang. Apakah yang akan dia dapat? Rasulullah saw menjawab: Tidak ada yang dia
dapatkan. Rasulullah saw mengulangi jawabannya sebanyak tiga kali. Rasulullah
saw bersabda : Tidak ada yang dia dapatkan. Kemudia beliau saw berkata:
Sesungguhnya, Allah tidak akan menerima amal kecuali didasari dengan keikhlasan
dan menharap redhaNya semata-mata. (At-Targhib, 1/53-55)
Wallahu a’lam.
Al-Quran
Tajwid Warna & Terjemahan
Humaira
Bookstore Enterprise
No comments:
Post a Comment