Friday, May 15, 2015

Kelebihan bang

Bab 8

Kata Imam Nawawi di dalam Al-Adzkarnya: Apabila mendengar seorang akan bang atau qamat pada hal ia di dalam  sembahyang, maka jangan dijawab akan dia di dalam sembahyang. Maka apabila memberi salam ia daripadanya, menjawab ia seperti jawab orang yang tiada sembahyang, maka jikalau dijawabnya padahal ia di dalam sembahyang, maka iaitu makruh dan tiada batal sembahyangnya. Demikian lagi apabila mendengar ia akan bang padahal ia di dalam tempat qadha’ hajat, jangan dijawab akan dia pada ketika itu, maka apabila keluar ia daripadanya menjawab ia akan dia.

Dan adapun apabila ada ia tengah membaca Al-Quran atau tasbih atau hadis atau ilmu yang lain daripadanya, maka bahawasanya hendaklah memutuskan bacaannya dan menjawab ia akan bang, kemudian ia kembali ia kepada bacaannya.,

Dan sekira-kira tiada menjawab hingga selesai bangnya, maka sunat dijawabnya kemudian daripada selesai muadzdzin daripada bangnya selama tiada panjang penceraiannya.

Wallahu a’lam

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013

No comments:

Post a Comment