Bab 10
- barangsiapa kerat kuku
pada hari sabtu, keluar daripadanya penyakit dan masuk padanya sembuh
- dan pada hari ahad,
keluar daripadanya papa dan masuk padanya kaya
- dan pada hari isnin,
keluar daripadanya penyakit gila dan masuk padanya sihat
- dan hari selasa,
keluar daripadanya barash dan masuk padanya sembuh
- dan pada hari rabu,
keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk padanya aman
- dan pada hari khamis,
keluar daripadanya penyakit judzam dan masuk padanya afiat
- dan pada hari jumaat,
keluar daripadanya dosa dan masuk padanya rahmat.
Dan pada riwayat yang
lain daripada nabi saw :
Barangsiapa kerat kuku
pada hari sabtu, mempusakai penyakit akilah
- dan pada hari ahad,
bilang berkat
- dan pada hari isnin,
mempusakai alim fadhil
- dan pada hari selasa,
mempusakai kebinasaan
- dan pada hari rabu,
mempusakai jahat perangai
- dan pada hari khamis,
mempusakai kaya
- dan pada hari jumaat,
mempusakai ilmu dan lemah lembut.
Maka atas riwayat ini
tiga hari jua yang sunat kerat kuku padanya, iaitu hari khamis, jumaat dan isnin.
Dan makhruh menyimpan atas kerat kuku sebelah tangan atau sebelah kaki, Dan
sunat membasuh kepala anak jari kemudian daripada dikerat kukunya kerana dikata
orang bahawasanya menggaru-garu dengan kuku dahulu daripada dibasuhnya memberi
mudharat dengan badan.
Wallahu a’lam
Asy-Syeikh
Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati
Yang Lalai
2013
Ya Allah anugerahkan kami berkatMu pada pagi-paginya pada
hari khamis.
No comments:
Post a Comment