Bab 15
Riwayat daripada Umar
bin Syu’aib daripada bapanya, daripada neneknya daripada nabi saw: Barangsiapa
sembahyang sunat Dhuha 12 rakaat, dibaca pada tiap-tiap rakaat Fatihah dan ayat
Kursi dan surah Al-Ikhlas tiga kali, nescaya turun daripada langit 70 ribu
malaikat serta mereka itu beberapa kertas putih dan beberapa qalam (pena-pena)
daripada nur, menyuruh mereka itu baginya akan beberapa kebajikan hingga hari
tiup sangkakala. Maka apabila adalah pada hari kiamat datang akan dia oleh
segala malaikat itu serta tiap-tiap satu malaikat itu pakaian dan hadiah, maka
berdiri mereka itu pada kuburnya dan berkata mereka itu : Hai Shahih Al-Qabri,
bangkit olehmu dengan izin Allah, maka bahawasanya engkau daripada orang yang
amin (yakni, selamat sejahtera).
Anas ra meriwayatkan
daripada nabi saw: Barangsiapa sembahyang
2 rakaat sunat Dhuha, dibaca rakaat yang pertama Fatihah dan ayat Kursi 11
kali. Pada rakaat yang kedua, Fatihah dan Al-Ikhlas 11 kali, mewajibkan keredhaan
Allah Taala yang amat besar.
Imam Nawawi di dalam
Raudhah menyatakan : Yang afdhal sunat Dhuha itu 8 rakaat dan
sebanyak-banyaknya 12 rakaat.
Dan diriwayatkan,
bahawasanya apabila dihantarkan mayat ke dalam kubur dan datang akan dia empat
api, maka:
1. Datang sembahyangnya,
memadam ia akan satu api
2. Dan datang puasanya
memadam ia akan satu api
3. Dan datang sedekahnya
memadam ia akan satu api
4. Dan datang sabarnya
memadam ia akan satu api
Wallahu a’lam
Asy-Syeikh
Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati
Yang Lalai
2013
No comments:
Post a Comment