Monday, May 11, 2015

Hari Guru


Apa yang ada pada nama
kalau hanya tegak sebagai tugu
dirai penuh meriah
diberi nama Hari Guru

Dengan nyanyian merdu penuh semangat
ucapan dan kilauan pingat
juga genggaman mesra tangan pemerintah
yang mungkinkah cuma berpura-pura
atau semuanya pendusta
yang hanya sebagai pembeli sebuah maruah
bernama pendidikan

Kerana
tidak tertanam di jiwa seluruh generasi
akan erti jasa dan budi
golongan guru yang bernama pejuang
titian kemanusiaan
 
Relakah kita dengan identiti
guru adalah obor
guru jaring kesempurnaan
tetapi telah terhakis
oleh budaya materialistic?

Guruku
bangkitlah!
menyapu bersih yang tercemar
oleh laungan mereka yang tidak mengenal
erti sekalung budi
atas segala pengorbanan

Hari Guru
tegaklah dirimu sebagai pejuang
menghidupkan yang hilang
kaum guru penyuluh jalan
pendidik masyarakat terbilang

Khasiah Sulong
Kuala Terengganu
9 Dis 1988

Guru Oh Guru
Zam Ismail, DBP 1989

No comments:

Post a Comment