Friday, May 8, 2015

Fokus

Esei 42

Sekeping kertas akan terbakar dengan cahaya difokuskan padanya.Ianya menjadi, jika tangan anda tidak bergerak. Begitulah dalam kehidupan, jika kita beralih haluan dari matlamat, kita akan tersesat jalan. Kita boleh fokus apabila kita suka melakukannya. Hidup akan lebih produktif apabila bekerja dalam keceriaan. Sigmund Freud menetapkannya sebagai resepi kebahagiaan: kerja dan cinta.

Dengan itu fokuslah kepada apa yang anda mahu, fisiologi, persekitaran dan pengalaman yang berharga akan menyusul. Biarlah kita lebih berhati-hati, elak dari membuat andaian kabur dan perasaan negatif, lihat segalanya dengan jelas dan positif dan buat pilihan bijak. Ini bermakna, tentukan sasaran yang tinggi, haluan yang lurus dan maju ke hadapan dengan penuh tekun tanpa goyah!.

a) Keteguhan tujuan adalah satu keperluan bagi menguatkan keperibadian dan satu peralatan yang terbaik untuk berjaya. Tanpanya segala sumber kebijaksanaan adalah dianggap membazir. – Lord P. Chesterfield

b) Benda yang terhebat di dunia ini bukanlah apa yang telah kita capai, tetapi ke arah sasaran mana yang dituju. – O.W. Holmes

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment