Pasuruan
Al Habib Abdul Qadir selalu mewajibkan dirinya
sentiasa melaksanakan solat berjemaah. Dia rela membayar kaum fakir miskin untuk
tujuan itu.Jika memasuki masjid, didahulukan kaki kanan. Jika terlupa atau salah,
tanpa segan diulanginya. Siwak juga tidak ditinggalkan untuk dibawa, bahkan
diletakkan di atas sejadah, dalam almari juga di sudut bilik; dibimbangi tidak
bersiwak. Beliau juga dikenali sebagai ahli zikir termasuk membaca maulid,
Qasidah al-Mudhariyyah di samping al-Quran dan wirid-wirid lain.
Amalan
Ramadhan
Di pertengahan Ramadhan, beliau bertahajud hingga
beberapa saat menjelang fajar. Setelah itu, bersahur bersama keluarga. Selepas
solat subuh berjemaah di Masjid Jamik al-Anwar, beliau ke makam al-habib
Ja’far b Sheikhan Assegaf yang terletak di samping masjid itu hingga terbitnya
matahari. Beliau kembali ke rumah untuk istirehat sebentar hingga solat Dhuha,
dan tidak berganjak dari tempat solatnya hingga zuhur. Selepas 2 juz al Quran
dibaca sehingga asar. Selepas solat asar berjemaah beliau menuju majlis,
memimpin pembacaan rauhah dengan panduan kitab Ihya Ulumuddin sehingga dua
puluh minit menjelang waktu berbuka.
Kemudian dia mencari para fakir dan miskin untuk
diajak solat berjemaah dan berbuka bersama. Setelah itu dia membaca surat
Yasin, Ratib al-Haddad, Ratib al-Attas kemudian solat Isyak berjemaah diikuti
Tarawih, witir dan tasbih.
Saat
kematian
Beliau meminta seorang ahli keluarganya untuk
memanggil al-Habib Ahmad bin Ali Assegaf untuk masuk ke biliknya. Seluruh
jendela yang ada di biliknya dibuka, lalu dia berbaring dan membaca al Quran
surat at-Taubah ayat 128 sampai 129. Ketika sampai pada bacaan : La Illa Hu.... ketika itulah roh
beliau kembali menuju ke hadirat Allah Taala.
Barangsiapa
yang menyatakan bahawa dirinya cinta kepada kaum solehin, namun dia tidak
beramal sebagaimana amalan mereka dan tidak berakhlak sebagaimana akhlak
mereka, maka dia adalah pembohong besar.
Wallahu a’lam.
Mutiara
Habaib Nusantara
Abdul Qadir
Umar Mauladdawilah
No comments:
Post a Comment