Thursday, May 21, 2015

Mempunyai inisiatif dan melangkau jarak yang lebih jauh


Esei 50

Sebelum membina rangkaian gergasi KFC, Colonel Sanders bekerja di sebuah stesen minyak. Dia menyorot: kadangkala saya belum selesai bekerja hingga 1 atau 2 pagi. Kemudian saya mulakan semula pada 5 pagi. Kebanyakkan stesen minyak tidak dibuka sehingga 7 pagi dan saya dapat menjual lebih gas di antara jam 5 dan 7 pagi berbanding stesen lain menjual sepanjang hari.


Pencipta terkenal Edison berkata: Saya tidak pernah melakukan sesuatu yang bermanfaat secara kebetulan, mahupun mana-mana ciptaan, saya yang datang secara kebetulan; semuanya adalah hasil kerja yang tekun beserta hati yang taat..Tanda-tanda ciptaan agung dalam sejarah beserta keupayaan untuk bekerja keras.Charles Dickens juga mengingatkan kita: Ini adalah dunia yang penuh dengan aksi, bukan untuk mereka yang pemalas.

Sejarah dunia penuh sesak dengan contoh pelaksanaan yang tumbuh daripada idea-idea yang kreatif dan berupaya merebut peluang pada saat yang tepat. Masa yang paling sesuai tidak wujud atau menunggu untuk anda. Dalam hidup, jangan duduk menunggu ketibaan kapal anda, dayunglah keluar untuk menemuinya.

a) Pekerja sederhana menghabiskan 25% tenaga kepada kerjanya. Dunia akan memberi  ganjaran kepada mereka yang memberikan lebih daripada 50% dan akan memberikan apa sahaja kepada segelintir individu yang memberi 100%. – Andrew Carnegie

b) Inisiatif kumpulan minoriti telah memberi hasil yang tiada bandingannya. Baangkan betapa hebatnya penghasilan jika kesemua inisiatif majoriti dibangunkan. – L.P. Shield

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

No comments:

Post a Comment