Esei 46
Orang-orang yang
berjaya, terutama pemimpin terkemuka Presiden Amerka saban tahun akan berundur
ke tempat perlindungan khas untuk beristirehat. Sistem spiritual dan keperluan
sistem saraf manusia memerlukan satu perlindungan kedamaian bagi memperolehi
kelebihan lebih besar iaitu ketenangan jiwa dan minda, ketenteraman untuk
beribadat, berkuasa dan berkemanuan. 3Bs!
Melapangkan minda adalah
penting dalam usaha menuju ketenangan. Redha akan segalanya sebagai lumrah
kehidupan. Wau akan naik dengan cepat apabila menentang angin. Tiada kekalahan
yang kekal, semua kerugian itu hanya sementara. Ia malang yang membawa tuah
sebab Tuhan Maha Pengatur.
Penetapan yang baik
antaranya:
i) Memastikan kehidupan
anda berharmoni dengan nilai-nilai dan lunas-lunas yang anda telah tetapkan
untuk diri sendiri
ii) Hidup secara baik
dan tanpa sebarang prasangka. Amalkan sikap toleransi. Bila anda melepaskan
perasaan marah, dendam kesumat dan kekesalan dalam diri, banyak masalah
kekacauan jiwa akan dapat diselesaikan.
iii) Jadilah orang yang
penuh harapan. Sentiasa menjangka perkara-perkara baik dan bekerja kuat untuk
memperolehinya.
iv) Semaikan sikap
bersyukur, berpuas hati dengan kurniaan Tuhan.
v) Latihkan diri untuk
menerima benda-benda yang tidak boleh berubah.
Kaedah-kaedah ke arah
minda yang perkasa dan tenang:
i) Beri keutamaan dan
penghargaan kepada kuasa ketenangan dan kesunyian
ii) Selalu berdoa.
iii) Kenalpasti masalah,
selesai dengan segera dengan cara sebaik mungkin mengikut kemampuan
iv) Nikmati keseronokan
ikut perancangan, beristirehat, penumpuan fikiran, penyelesaian masalah,
pemikiran yang tepat, kreativiti, jangkaan dsb.
Semangat jati diri yang
menartik boleh dibangunkan dengan cara:
i) Gunakan
perbendaharaan kata yang betul-betul positif untuk melihat dan atasi semua
keadaan dan sepenuhnya menjadi yakin dan optimistik. Jauhkan semua rasa
negatif; tiada rungutan dan rengekan.
ii) Anggap semua masalah
sebagai peluang, kenalpasti kelucuannya.
iii) Puluklah sifat
keriangan, imej kendiri dan kepercayaan yang berkuasa dalam diri sendiri
iv) Anggaplah pekerjaan
sebagai suatu aktiviti yang dibuat dengan penuh minat. Bekerja dan ambil masa
untuk bermain juga.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment