Pondok Pesentren
Darunnasyi’in, Lawang
Al-Habib Muhammad sering menuliskan wasiat-wasiat
untuk keluarga, sahabat-sahabat juga muridnya. Berikut empat wasiat beliau:
Wasiat
1
Saudara saya yang setia telah meminta kepada saya
sebuah peringatan atau wasiat kepada dirinya yang mana telah saya kabulkan
kerana mengharap doanya, walaupun saya sendiri perlu diperingatkan.
Sebagai asas, maka saya pesankan wasiat Allah SWT
kepada orang-orang ahli kitab dan kaum mukminin, iaitu agar sentiasa bertakwa
kepada Allah SWT sesuai firmanNya : Dan
sungguh Kami telah perintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum
Kami dan juga kepada Kami; iaitu bertakwalah kepada Allah SWT.
Maka hendaklah kita bertakwa dalam segala hal,
baik kepada diri sendiri mahupun kepada
orang lain. Hingga segala sesuatu yang mengarahkan kita menuju kepada ketakwaan
perlu diamalkan. Misalnya cinta dan bergaul dengan para solihin, yang mana
mereka adalah orang-orang soleh yang perkataan dan perbuatannya menunjukkan
serta mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Ingatlah sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Anas ra yang mengandungi makna yang
sangat dalam : Sesorang itu adalah
bersama-sama dengan siapa yang dicintainya, baik itu di dunia dan di akhirat...........
Sentiasa
mengamalkan amal ibadah.
Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu dan
majlis-majlis zikir atau majlis maulid dan lain sebagainya. Dalam hal ini, jika
kita mengharapkan rahsia dan berkat di majlis tersebut, perlulah diiringi
dengan husnuzzan atau berbaik sangka kepada Allah SWT dan seluruh para hamba
Allah SWT.
Bersunggguh-sungguh dalam berakhlak dan beradab
yang baik serta menjauhkan diri dari perbuatan yang tidak berguna, terutama
sifat ingin menonjolkan diri dan mencari pengaruh.
Selalu membaca wirid-wirid yang disusun oleh para
Sadah al-Alawiyyin terutama wirid-wirid yang diriewayatkan dari rasulullah saw
seperti Ratibul Haddad dan Wirdullathif, serta lain sebagainya. Hendaknya
wirid-wirid tersebut dibaca dengan sikap khusyuk serta penghayatan terhadap
makna dan maksudnya.
Gemar berziarah kepada orang-orang soleh atau
aulia Allah SWT yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, terutama
yang masyhur.
Aku memohon atas hadrat Allah SWT, mudah-mudahan
aku dan saudara sekalian dapat menjalankan taat kepada Allah SWT dan rasulNya,
agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat kurnia Allah SWT
dengan para nabi dan solihin.
Barangsiapa yang mentaati Allah SWT dan raulNya,
maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat
oleh Allah SWT, iaitu para nabi, siddiqin, syahid dan orang-orang soleh, yang
mana mereka itulah sebaik-baik hambaNya. Amin, amin, amin ya rabbal
alamin....Wa sallallahu ’ala Sayidina Muhammad wa ’ala alihi wa sahbihi
wassalam.
14 Muharram 1386H
5 Mei 1966
Wallahu a’lam.
Mutiara
Habaib Nusantara
Abdul Qadir
Umar Mauladdawilah
No comments:
Post a Comment