Dari
beg sandang
yang
lusuh di dinding itulah
masih
kudengar suara ibu
tanpa
lelah
menuntun
aku
ke
bangku
di
sebuah sekolah di hulu
nak,
kamu pandai
jadilah
orang ternama
nak,
kamu rajin
jadilah
insan terjulang
nak,
kamu istimewa
jadilah
moderator bertaraf dunia
nak,
kita jauh di hulu
jangan
lupa akar budaya
nak, kita bernafas taqwa
penuh
insaf, kejadian abdi
nanti
kembali kepadaNya
kita
temu bahagia
di
depan beg sandang
ibu menancap setia
di
dinding jarang kulit meranti
aku
terus berfikir tentang dunia
tentang
bangsa, tentang agama
selepas
ini, aku akan melangkah
menjelajah
dunia
bersama
suara merdu
beg
sandang ibu.
Jais Sahok
Kuching, Sarawak
Mingguan Malaysia
10 Mei 2015
No comments:
Post a Comment