Esei 47
Ia melibatkan penyediaan
resume (CV). CV merupakan satu set fakta yang memberi tahu siapa anda dan apa
yang anda telah lakuakan dan mempamerkan perkara berikut:
i) Nama dan alamat
tempat tinggal
ii) Objektif-objektif
dan rujukan kerja
iii) Pendidikan dan
kelulusan
iv) Pengalaman kerja
v) Data peribadi yang
lain seperti umur, status perkahwinan, penggabungan, anugerah dll
vi) Rujukan
Bagi sesi temubual yang berjaya :
Amalkan berjabat tangan
apabila anda masuk ke bilik dan juga apabila hendak meninggalkannya. Anda harus
kelihatan lebih matang dan dihormati, berkeyakinan penuh tetapi tenang, tegas
tetapi selesa. Dengar dengan teliti dengan penemuan mata yang ikhlas. Berfikir
dengan pantas tetapi secara berhati-hati sebelum menjawab soalan-soalan dengan
bijak, jujur dan penuh tertib. Bertutur secara jelas dengan penggunaan bahasa
yang baik, tanpa bercakap terlalu berlebihan. Jangan berpura-pura, bersingkap
angkuh, menunjuk-nunjuk, berdebat dan cuba mengkritik majikan sekarang atau
dahulu.
Sikap pentingkan diri
sendiri dan terlalu mengharapkan hasil kewangan yang lumayan adalah juga
merugikan. Jika ditanya tentang kelemahan anda, sebutlah sesuatu yang dapat
mencerminkan aset-aset anda, tenaga yang berlebihan, ketidaksabaran dan
bergerak terlalu cepat. Tingkatkan keserasian anda dengan pekerjaan prospektif
itu dengan cara yang jujur. Muncul sebagai calon yang berbeza berbanding yang
lain. Hantarkan sepucuk surat terima kasih kepada penemuduga selepas perjumpaan
itu. Anda perlu membaca lebih banyak buku dan artikel mengenai kemahiran dalam
mencari pekerjaan dan temuduga; amalan membaca dan persediaan itu
menguntungkan.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment