Sunday, May 17, 2015

Kelebihan sembahyang berjemaah

Bab 9

Di riwayat Abdur Rahman bin Auf Radhiyallahu ’anha, bahawasanya datang baginya perniagaan di Mesir 400 dengan muatannya, maka keluar ia mendapatkan akan dia, maka lambat berpalingnya hingga luput akan dia takbiratul ihram serta nabi saw daripada sembahyang fajar dan mendapat ia akan rasulullah saw di dalam ruku’ pada rakaat yang pertama.

Maka tatkala selesai daripada sembahyang bersedekah ia akan 400 unta yang datang di Mesir itu sekaliannya di dalam sabilillah. Kemudia maka sembah ia: Ya rasulullah, aku perbuat begini-begini, maka adakah tercapai aku akan pahala takbiratul ihram? Sabdanya: Tiada. Sembah ia: Ya rasulullah, aku jadikan barang yang di atasnya daripada segala mata benda sekaliannya di dalam sabilillah, adakah tercapai aku akan pahalanya? Sabdanya: Tiada. Maka sembah ia: Adalah di atas tiap-tiap Jamal (unta) itu seorang sahaya bagiku, aku merdekakan dia bagi wajhullahu Ta’ala, adakah mencapai aku akan pahalanya? Sabdanya: Tiada. Kemudian sabdanya: Hai Abdur Rahman, jikalau ada dunia dan barang yang di dalamnya daripada harta kamu dan engkau jadikan dia di dalam sabilillah, tiada tercapai kamu akan kelebihannya.

Dan sabda nabi saw : Yang terlebih afdhal segala sembahyang pada Allah Taala itu sembahyang subuh pada hari jumaat di dalam berjamaah.

Maka yang terlebih muakkad berjemaah lain daripada jumaat subuh kemudian subuh yang lain daripada jummat kemudian isya kemudian asar kemudia zohor kemudian maghrib.

Wallahu a’lam

Asy-Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kalantani
Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai
2013

No comments:

Post a Comment