Setelah itu Sa’id bin ‘Amir berhijrah ke
Madinah dan berdamping dengan rasulullah saw. Beliau juga menyertai baginda
dalam peperangan Khaibar dan siri peperangan lain selepas itu.
Apabila nabi saw menemui Ilahi yang meredhainya,
Sa’id tetap menjadi pedang tajam yang dimiliki oleh khalifah Abu Bakar dan
Umar. Kehidupannya merupakan model unggul dan gemilang bagi mukmin yang membeli
akhirat dengan harga dunia.Beliau jugamodel bagi individu yang mengutamakan
keredhaan dan ganjaran Allah berbanding runtunan nafsu syahwat dan tuntutan
jasmani.
Kedua-dua orang khalifah kenal benar
dengan kejujuran dan ketakwaan Sa’id bin ‘Amir. Mereka mendengar nasihat bahkan
mengambil pandangan beliau.
Suatu hari beliau datang menghadap Umar bin
al-Khattab yang baru dilantik menjadi khalifah. KataSa’id: Wahai Umar, saya berpesan kepadamu agar gentar dengan Allah dalam
menguruskan hal ehwal rakyat. Jangan sekali-kalikamu gerun dengan manusia dalam
menunaikan hak-hak Allah. Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan
perbuatan. Lantaran perkataan yang
terbaik adalah perkataan yang sejajar dengan perbuatan.
Wahai Umar,
prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu.
Sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu
menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak
diingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumbanglah
dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.
Lalu Umar bertanya: Siapa yang mampu melakukan perkara tersebut wahai Sa’id?
Ia mampu dilakukan oleh
individu sepertimu. Iaitu individu yang
dilantik oleh Allah mengurus urusan umat Muhammad, sedangkan tiada perantara
antaranya dengan Allah, jawab
Sa’id.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka
Salam, 2006
No comments:
Post a Comment