Asma ul-Husna ke-44
Ar-Raqib ertinya Allah Maha Pengawas yang Maha Mengamati atau Mengintai
sebagaimana firmanNYa bermaksud:
Dan bertaqwalah kepadaAllah
yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa’:1)
Maha Pengawas yang
Maha Memerhati
Ar-Raqib adalah sifat Allah. Dialah saksi yang tidak pernah jauh dari
peristiwa. Dalam bahasa, seorang raqib adalah seorang yang terjaga, seorang
pengawas yang berdiri untuk melindungi dan mengawal. Dalam militer, raqib
adalah orang yang berada di barisan hadaan. Ar-Raqib adalah Allah yang
melindungi setiap orang dan segala sesuatu, Zat yang tak sesuatu pun luput dari
ilmuNya.
Menurut sebuah hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda: Lindungilah Muhammad dan keluarganya, ertinya lindungilah namanya
dan muliakanlah.
Raqib juga bererti keturunan. Malaikat yang menulis segala sesuatu yang
kita lakukan dan ucapkan juga disebut raqib seperti dalam surah Qaaf ayat 18
bermaksud: Tiada suatu ucapanpun yang
diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
Ar-Raqib, yakni Zat yang benar-benar mengawasi kita, tentu sahaja adalah
Allah. Orang yang raqib tentang Allah adalah orang yang mengakui bahawa Dia mengawasi
segala sesuatu yang kita lakukan dan ucapkan, maka iamelakukan tugas-tugasnya
terhadapNya.
Berhati-hati dan
Cermat
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempatpuluh empat
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat hati-hati dan cermat dalam
segala perkara.
Allah yang bersifat ar-Raqib, mengetahui keadaan kita dan menghitung
nagaskita, yang tidak pernah lalai atau lupa, yang selalu hadir dan tidak
pernah cuai, yang memerhati apa yang kita lakukan, yang mengenali
pemikiran-pemikiran kita yang paling dalam, seharusnya menjadikan diri kita
bersikap hati-hati dalam hidup ini agar tidak tersentuh dengan sebarang
kemaksiatan dan perbuatan dosa.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment