Khalayak
Quraisyh kembali ke Mekah dan melupai peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam
Khubaib. Namun nasib yang menimpa Khubaib terus terbayang-bayang di kotak
fikiran Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy yang sedang meningkat dewasa.
Katika
tidur beliau bermimpi dan ketika jaga beliau terbayang-bayang wajah Khubaib.
Bagaikan di depan matanya Khubaib bersembahyang dua rakaat dengan penuh tenang
di hadapan kayu penghujung nyawanya. Terngiang-ngiang di telinganya rintihan
Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisyh. Jiwannyagementar, bimbang petir
akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.
Khubaib
mengajar Sa’id satu hakikat yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.
Khubaib
mengajar, kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalannya hinggga
ke titisan darah terakhir.
Beliau
juga mengajar iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta
kemukjizatan.
Sa’id
belajar satu perkara lagi, lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh
sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.
Ketika
itulah hati Sa’id bin ‘Amir terbuka untuk memeluk Islam. Lalu beliau berdiri di
khalayak ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dosa dan
jenayah yang dilakukan oleh Quraisyh. Beliau meninggalkan berhala dan sembahan
Quraisyh serta memeluk agama Allah.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka
Salam, 2006
No comments:
Post a Comment