Apabila
rasulullah saw memanggil Anas, beliau akan memanggil panggilan manja iaitu Unais. Ada kala baginda memanggil wahai anakku.
Terlalu
banyak nasihat dan peringatan rasulullah saw
kepada beliau. Sehingga semua itu memenuhi dada dan menguasai mindanya.
Lantaran
itu nabi saw pernah berpesan kepada beliau:
Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu
pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang
menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku
sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang
bertemu keluargamu, berikanlah salam
kepada mereka. Kerana ia akan membawa
keberkatan kepadamu juga keluargamu.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka Salam, 2006
No comments:
Post a Comment