Anas
bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho’ ketika
masih usia kanak-kanak. Sanubarinya dipenuhi ibunya dengan rasa cinta terhadap
nabi Muhammad saw.
Anas
dilamun cinta mendengar kisah nabi saw. Bukanlah pelik, ada kalanya hati rindu
ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentangan.
Anak
ini amat bercita-cita untuk mejejaki nabi di Mekah. Atau kalau boleh rasul saw
yang agung datang ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang
bertemunya.
Tidak
berapa lama, Yatsrib kota yang bertuah dan beruntung dikejutkan dengan berita
gembira. Berita bahawa nabi saw dan sahabatnya Abu Bakar as-Shiddiq dalam
perjalanan menuju Yatsrib. Mendengar berita tersebut, keriangan memenuhi setiap
rumah dan kegembiraan mengisi setiap perasaaan…..
Mata
dan hati tertaut dengan jalan yang akan dilalui oleh nabi saw dan sahabatnya
untuk sampai ke kota Yatsrib.
Setiap
menjelang pagi anak-anak berarak girang, Muhammad
datang. Muhammad datang……jerit mereka.
Anas
dan teman-teman sebayanya berlari ke arah anak-anak yang menjerit. Namun dia tidak melihat
pun kelibat Muhammad saw. Lalu dia
pulang kecewa dan sedih.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 1-2
No comments:
Post a Comment