Wednesday, September 7, 2016

Al-Hakim

Asma ul-Husna ke-47

Al-Hakim ertinya Allah Maha Bijaksana atau yang Maha Luas KebijaksanaanNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Jika Engkai mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Maidah:118)

Maha Bijaksana

Al-Hakim adalah Zat yang memiliki semua kearifan. Oleh itu, al-Hakim adalah yang Maha Besar dalam kebijaksanaanNya. Allah sangat bijaksana dalam menciptakan segala sesuatu dan dalam menyempurnakan penciptaan seperti itu. KebijaksanaanNya bererti pengetahuanNya akan segala sesuatu mendahului dan penciptaanNya akan segala sesuatu dilakukan secara sangat bijaksana dan amat sempurna.

Kearifan ertinya cara terbaik mengetahui sesuatu dengan menggunakan cara terbaik. Al-Hakim memiliki pengetahuan yang sama dengan yang dimiliki al-’Alim. Tak seorang pun mengetahui Allah kecuali Allah (sendiri). Dia mengetahui sumber segala sesuatu melalui pengetahuanNya yang abadi, yang tak seorang pun dapat membayangkannya sebagai wujud yang disentuh kebinasaan.

Sebahagian ulama berpandangan bahawa al-Hakim adalah adil dalam penilaianNya, pemurah dalam pengaturan urusan-urusanNya, Zat yang telah menetapkan ukuran segala sesuatu, Zat yang kearifanNya memiliki tujuan yang sangat sangat suci, Zat Yang menempatkan segala sesuatu pada tempatnya yang benar. Tidak seorang pun dapat sepenuhnya mengapresiasi kearifan Allah selain Allah sendiri.

Pandangan Yang Luas dan Pemurah

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempatpuluh tujuh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai kearifan dan kebijaksanaan.

Al-Hakim maknanya bebas dari pencarian kepentingan peribadi. Ia diibadati dengan kearifan dan kearifan adalah mengetahui yang terbaik dari segala sesuatu melalui cara yang terbaik. Yang terbaik dari segala sesuatu adalah Allah, maka Dialah al-Hakim.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa kearifan ertinya mengetahui kebenaran demi dirinya sendiri dan mengetahui kebenaran untuk bertindak berdasarkan kebenaran itu.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment