Tuesday, September 20, 2016

Al-Haqq

Asma ul-Husna ke-52

Al-Haqq ertinya Allah Maha Besar atau yang Maha Memiliki Kebenaran sebagaimana firmanNya bermaksud:

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Hajj:6)

Maha Benar

Salah satu sifat Allah adalah al-Haqq. Maha Benar. WujudNya terbukti benar demikian pula ketuhananNya. Dia menjadikan kebenaran menjelma melalui kekuatan firmanNya., yang mendukung mereka yang dicintaiNya melalui tanda-tandaNya. Allah adalah al-Haqq, yang wajib untuk diibadahi, yang sentiasa ada dan tak pernah lenyap hilang, yang kehadiranNya terbukti sentiasa ada, sejak masa azali dan abadi selamanya bukan sebelum waktu (ada) dan di atas (melampaui) waktu.

KehadiranNya merupakan suatu realiti yang tegak di atas kebaikannya sendiri, dan tidak ada wujud kecuali melaluiNya dan olehNya. Dia tak pernah bergerak dan di atas gerakan (itu sendiri) ataupun sesuatu yang fizikal atau material.Dia membiarkan kebenaran untuk menjelma dengan sendirinya. Dia menciptakan segala sesuatu sebagaimana kearifanNya menitahkan. Dia ada dengan sedemikian cara yang tidak mengizinkan adanya suatu  celah bagiNya untuk tidak ada, tidak sama, atau punah. Segala sesuatu yang ada berasal dariNya dan kepadaNya tujuan akhir.

Mencintai kebenaran.
 
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh dua dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mengakui kebenaran dan mencintainya sebagai salah satu kebaikan yang terunggul.

Di antara sifat para nabi dan rasul adalah mereka menyampaikan al-haqq dan memperjuangkannya sehingga ke titisan darah terakhir. Ini menunjukkan kebenaran telah sebati dalam diri para utusan Allah dan begitu juga pula para pewaris dan orang-orang soleh.

Wujudnya al-haqq dalam diri kita adalah cerminan daripada sifat Allah iaitu al-Haqq di mana kita tidak dapat lari daripada kebenaran yang abadi iaitu kehidupan di akhirat.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

No comments:

Post a Comment