Pada
suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri, terdengar orang
berlaung: Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yatsrib.
Orang
ramai segera bergegas menuju jalan yang akan dilalui oleh nabi pembawa hidayat
dan kebaikan……
Mereka
berlumba-lumba untuk sampai, kelompok
demi kelompok. Golongan kanak-kanak turut
menyelit dan mencelah gerombolan tersebut. Jelas tampak di wajah mereka raut
kegirangan yang memenuhi perasaan keanakan mereka.
Rasulullah
saw dan sahabatnya Abu Bakar sampai. Unta yang dinaiki berjalan di celah-celah
orang ramai yang bersesak-sesak.
Wanita
dan anak-anak kecil yang berada di rumah, naik ke tingkat atas. Mereka
tertinjau-tinjau dari jauh kearah rasulullah saw. Mereka tertanya-tanya: Yang manasatu dia….yang mana satu dia.
Itulah
hari yang tidak dapat dilupakan. Hinggakan kenangan itu masih terus basah dalam
ingatan Anas walaupun umurnya telah menjangkau lebih 100 tahun.
Tidak
berapa lama rasulullah saw berada di Madinah, Ghumaisho’ binti Milhan, ibu Anas
datang bertemu baginda. Beliau turut membawa bersama anaknya, Anas yang masih
kecil tersebut. Anas berlari-lari di hadapannya. Rambutnya terjurai di dahinya.
Setibanya
di hadapan nabi saw, beliau memberi salam.
Wahai rasulullah….semua lelaki dan wanita
Anshor telah memberi hadiah kepadatuan.
Namun saya tiadaapa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya
ini….Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan
mahu…, kata
ibu Anas kepada nabi saw.
Rasulullah
saw amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis.
Bagindamengusap-usap kepala Anas. Nabi saw menyentuh anak rambut Anas dengan
hujung jarinya. Lalu, baginda menjadikannya sebahagian anggota keluarganya.
Wallahu ’alam
Dr. Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 2-3
No comments:
Post a Comment