Maka
tersebutlah kisah
ikan-ikan
keli di dalam tempayan
lantaran
ingin hidup selesa
tanpa
gangguan teman-teman
ada
pun sekalian teman dianggap saingan
Maka
saling menyengatlah si keli
antara
satu dengan yang lain
demi
kehidupan sendiri-sendiri
tanpa
kesediaan berkongsi
Maka
cederalah kesemuanya
kerana
terus-menerus saling menyengat
tanpa
mencuba bersepakat
meskipun
badan terkerat
Akhirnya
tamat riwayat keli sekaliannya
kerana
bergelut tiada sudahnya
keli
setempayan punah tak bermaya
hidup
tak berjasa mati tidak meninggalkan nama
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
No comments:
Post a Comment