Orang-orang yang tersesat
Saiyid Rasyid
Ridha dalam al-Manar menyatakan gurunya Syaikh Mohammad Abduh membahaginya
kepada 4 tingkat:
1) Yang tidak
sampai kepadanya da’wah atau ada sampai tetapi hanya didapati dengan pancaindera
dan akal, tidak ada tuntutan agama. Meskipun tiada kesesatan dalam soal
keduniaan, tetapi mereka pasti sesat dalam mencari kelepasan jiwa dan
kebahagiannya di akhirat. Mungkin juga
diberi maaf oleh Tuhan kerana Dia berbuat sekehendakNya.
2) Mati sebelum
da’wah yang tertarik itu sampai dan menjadi keimanannya.
3) Da’wah sampai
kepada mereka dan mereka akui tetapi tidak mereka pergunakan akal buat berfikir
dan menyelidiki dari pokoknya, tetapi mereka berpegang teguh juga kepada hawa
nafsu atau kebiasaan lama atau menambah-nambah.
4) Yang sesat
dalam beramal atau memutar mutar hukum dari maksudnya yang sebenar.
Wallahu
‘alam.
Prof
Dr Hamka
Tafsir
Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka
Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 87
No comments:
Post a Comment