Anas
bin Mali sentiasa hidup dengan memori bersama rasulullah saw sepanjang
hayatnya. Beliau amat gembira ketika kali pertama beroemu nabi saw….Manakala
air mata kesedihannya bercucuran ketika hari kewafatan baginda saw….Beliau
sering mengulang dan menyebut kata-kata baginda.
Anas
bin Malik juga bersungguh-sungguh untuk mengikuti perbuatan dan kata-kata
rasulullah saw. Cinta apayang dicintainya. Benci apa yang dibencinya.
Apabila
beliau mengingati hari pertama, beliau merasa amat bahagia. Namun apabila
teringat hari kedua, beliau menangis dan orang sekelilingnya juga turut
menangis.
Beliau
sering mengulang kata-kata: Sesunguhnya
saya telah melihat wajah nabi saw ketika
hari baginda masuk keMadinah. Saya juga melihat baginda ketika hari beliau
diambil daripadakami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari
tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah , seluruh Madinah bersinar.
Manakala tatkala pada hari baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah.
Kali terakhir saya melihat baginda adalah pada hari Isnin
ketika tirai bilik baginda dibuka. Saya lihat wajah baginda seperti helaian kertas mushaf. Ketika itu
orang ramai berdiri di belakang Abu Bakar sambil mereka melihat bagindasaw.
Mereka hamper-hampir tidak tentu arah
melihat keadaan rasulullah. Namun Abu Bakar megisyaratkan agar mereka
bertenang. Pada lewat hari tersebut rasulullah saw wafat. Kami tidak pernah
melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah baginda saw
ketika kami menimbuskan pasir ke atasnya.
Wallahu ’alam
Dr. Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka
Salam, 2006 ms 5-6
No comments:
Post a Comment