Showing posts with label Kisah sahabat.. Show all posts
Showing posts with label Kisah sahabat.. Show all posts

Wednesday, October 5, 2016

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (6)

Tidak berapa lama setelah Sa’id dilantik menjadi gabenor Hims, Amirul Mukminin telah dikunjungi oleh rombongan penduduk Hims. Mereka adalah kalangan orang yang dipercayainya di Hims. Maka Umar pun mengarahkan mereka: Tuliskan nama fakir miskin di Hims agar saya dapat membantu mereka.

Setelah selesai mereka menyerahkan senarai nama tersebut: Si polan bin si polan......Sa’id bin ’Amir.

Umar tersentak: Siapa Sa’id bin ’Amir?

Gabenor kami, jawab mereka serentak.

Gabenor kamu miskin?!!! Tanya Umar penuh hairan.

Jawab mereka: Benar. Demi Allah! Sehinggakan dapurnya tidak berasap beberapa hari.

Umar menangis sehingga janggutnya basah. Kemudian beliau memasukkan 1,000 dinar ke dalam uncang dan berpesan kepada rombongan tersebut: Sampaikan salam saya kepadanya dan katakan kepada gabenormu: Amirul Mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai.
 
Setelah tiba ke Hims, rombongan tersebut terus bertemu Sa’id dan menyerahkan uncang tersebut. Sa’id memeriksa isi uncang tersebut. Apabila Sa’id melihat uncang tersebut berisi wang dinar, beliau menolaknya ke tepi seraya berkata: Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Gelagatnya bagaikan berlaku bencana dan mala petaka besar.

Lantas  isterinya bergegas dengan penuh bimbang: Apa yang telah berlaku Sa’id...? Adakah Amirul Mukminin meninggal dunia....?

Lebih mendukacitakan daripada itu, jawab Sa’id.

Adakah orang Islam tewas dalam perang? Desak isterinya lagi.

Lebih dahsyat lagi.....tegas Sa’id.

Apa bencana yang lebih dahsyat daripada itu???? Tanya si isteri kebingungan.

Dunia telah masuk ke dalam kehidupan saya bagi memisahkan akhirat  saya. Dugaan dan bencana telah berlaku dalam rumah saya: jawab Sa’id dengan sedih.

Lantas Sai’idbertanya: Adakah kamu boleh membantu saya?

Boleh, jawab isterinya ringkas.

Lalu beliau mengambil wang dinar tersebut dan memasukkan ke dalam  beberapa uncang. Kemudian wang tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Tuesday, September 20, 2016

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (3)

Khalayak Quraisyh kembali ke Mekah dan melupai peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Namun nasib yang menimpa Khubaib terus terbayang-bayang di kotak fikiran Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy yang sedang meningkat dewasa.

Katika tidur beliau bermimpi dan ketika jaga beliau terbayang-bayang wajah Khubaib. Bagaikan di depan matanya Khubaib bersembahyang dua rakaat dengan penuh tenang di hadapan kayu penghujung nyawanya. Terngiang-ngiang di telinganya rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisyh. Jiwannyagementar, bimbang petir akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.

Khubaib mengajar Sa’id satu hakikat yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Khubaib mengajar, kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalannya hinggga ke titisan darah terakhir.

Beliau juga mengajar iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan.

Sa’id belajar satu perkara lagi, lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.

Ketika itulah hati Sa’id bin ‘Amir terbuka untuk memeluk Islam. Lalu beliau berdiri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dosa dan jenayah yang dilakukan oleh Quraisyh. Beliau meninggalkan berhala dan sembahan Quraisyh serta memeluk agama Allah.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Tuesday, September 13, 2016

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (1)

Pemuda bernama Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy, merupakan salah seorang ribuan manusia yang pergi ke Tan’im, sebuah kampong yang terletak berhampiran kota Mekah. Para pembesar Mekah mengerah penduduknya hadir menyaksikan hukuman bunuh Khubaib bin ‘Adiy, salah seorang sahabat Muhammad yang berjaya diberkas hasil tipu daya pengkhianatan.

Keremajaan dan kebeliaannya menyebabkan beliau mampu bersesak dan mencelah di antara orang ramai sehingga berada sebaris dengan pembesar Quraisyh seperti Abu Sufyan, Sofwan bin Umayyah dan pembesar lain. Mereka berada di barisan hadapan perhimpunan. Ini membolehkan beliau melihat tawanan Quraisyh yang terikat.

Tangan-tangan wanita, kanak-kanak dan pemuda saling mendorongnya ke tempat hukuman dijalankan. Dengan membunuh tawanan tersebut, dendam mereka terhadap Muhammad berbalas dan kesumat mereka terlunas, berikutan ramai di kalangan mereka terbunuh ketika di Badar.

Tawanan yang diarak pun sampai ke tempat pembunuhan yang ditentukan. Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy berdiri dengan tubuh sasanya di hadapan Khubaib. Ketika itu beliau sedang diheret ke kayu berpalang. Said mendengan suaranya yang tenang dan utuh di celah-celah pekikan kaum wanita dan kanak-kanak, dia berkata: Bolehkah kamu tinggalkan saya rukuk dua kali sembahyang sebelum saya mati….

Kemudian beliau melihat Khubaib menghadap kiblat lalu menunaikan sembahyang dua rakaat.Alangkah menarik dan sempurnannya sembahyang dua rakaat yang ditunaikan……

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 

Monday, September 12, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (7)

Sesungguhnya rasulullah saw beberapa kali mendoakan Anas bin Malik. Antara doa baginda saw: Ya Allah  kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia.

Allah Taala memakbulkan doa nabiNya. Anas merupakan orang Anshor yang paling kaya dan paling ramai zuriat. Bilangan anak dan cucunya melebihi seratus orang. Allah Taala juga memberkati umurnya sehingga beliau hidup selama103 tahun.

Anas bin Malim ra amat berharap memperolehi syafaat nabi saw padahari kiamat kelak. Beliau sering berkata: Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu rasulullah saw pada hari kiamat. Saya akan katakan kepada baginda: Wahai rasulullah ini khadam kecilmu Unais.

Tatkala Anas bin Malik jatuh sakit dan hampir meninggal dunia, beliau berkata kepada kaum keluarganya: Ajarkan saya Laa ilaaha illallah, Muhammaadun rusuulullaah.

Beliau terus melafazkannya sehingga meninggal dunia. Beliau mewasiatkan agar tongkat pendek kepunyaan rasulullah saw dikebumikan bersama-sama jenazahnya.Maka tongkat tersebut diletakkan di dalam bajunya.

Tahniah untuk Anas bin Malik al-Anshori yang dilimpahi oleh Allah dengan kebaikan. Beliau hidup di bawah jagaan rasulullah saw genap 10 tahun. Beliau merupakan perawi ketiga  terbanyak meriwayatkan hadis baginda selepas Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar……

Mudah-mudahan Allah mengganjari beliau juga ibunya, Ghumaisho’ dengan sebaik-baik ganjaran.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 6-7

Friday, September 9, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (6)

Anas bin Mali sentiasa hidup dengan memori bersama rasulullah saw sepanjang hayatnya. Beliau amat gembira ketika kali pertama beroemu nabi saw….Manakala air mata kesedihannya bercucuran ketika hari kewafatan baginda saw….Beliau sering mengulang dan menyebut kata-kata baginda.

Anas bin Malik juga bersungguh-sungguh untuk mengikuti perbuatan dan kata-kata rasulullah saw. Cinta apayang dicintainya. Benci apa yang dibencinya.

Apabila beliau mengingati hari pertama, beliau merasa amat bahagia. Namun apabila teringat hari kedua, beliau menangis dan orang sekelilingnya juga turut menangis.

Beliau sering mengulang kata-kata: Sesunguhnya saya telah melihat wajah nabi saw  ketika hari baginda masuk keMadinah. Saya juga melihat baginda ketika hari beliau diambil daripadakami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah , seluruh Madinah bersinar. Manakala tatkala pada hari baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah.

Kali terakhir  saya melihat baginda adalah pada hari Isnin ketika tirai bilik baginda dibuka. Saya lihat wajah baginda  seperti helaian kertas mushaf. Ketika itu orang ramai berdiri di belakang Abu Bakar sambil mereka melihat bagindasaw. Mereka hamper-hampir tidak tentu arah  melihat keadaan rasulullah. Namun Abu Bakar megisyaratkan agar mereka bertenang. Pada lewat hari tersebut rasulullah saw wafat. Kami tidak pernah melihat pemandangan yang lebih pelik pada kami berbanding wajah baginda saw ketika kami menimbuskan pasir ke atasnya.

Wallahu ’alam

Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 5-6

Wednesday, September 7, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (4)

Apabila rasulullah saw memanggil Anas, beliau akan memanggil panggilan manja iaitu Unais. Ada kala baginda memanggil wahai anakku.

Terlalu banyak nasihat dan peringatan rasulullah saw  kepada beliau. Sehingga semua itu memenuhi dada dan menguasai mindanya.

Lantaran itu nabi saw pernah berpesan kepada beliau:

Wahai anakku, jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku  itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku, jika kamu pulang bertemu  keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana  ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 

Monday, September 5, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (3)

Anas bin Malik atau Unais (panggilan manjanya ketika kanak-kanak) baru berumur 10 tahun ketika beliau bertuah, mula berkhidmat dengan nabi saw. Beliau hidup bersama dan di bawah jagaan nabi sehingga baginda saw bertemu menghadap Allah Taala.

Oleh itu jangka masa beliau bersama baginda genap 10 tahun. Ketika itulah tegukan pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadis nabi saw dan ia memenuhi dadanya. Beliau mengetahui keadaan, kisah, rahsia dan sifat mulia baginda yang tidak diketahui oleh orang lain.

Anas bin Malik dilayan baik oleh nabi saw. Hinggakan anak pun tidak dapat merasai layanan sebegitu daripada bapanya.
Beliau dapat mengecapi kecantikan sifat mulia dan keagungan keperibadian baginda saw yang didambakan dunia.

Ayuh kita biarkan Anas menceritakan beberapa gambaran menarik tentang layanan nabi saw yang beliau rasai. Kerana beliau lebih mengetahui dan gambarannya lebih kuat.

Kata Anas bin Malik:

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.

Suatu hari baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang rasulullah maksudkan. Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya……..Saya pun berpaling, saya lihat rasulullah tersenyum seraya bertanya: Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?.

Saya rasa bersalah dan saya berkata: Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai rasulullah.

Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun rasulullah saw berkata: Mengapa kamu buat begitu…jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu, baginda juga tidak pernah berkata: Mengapa kamu tidak melakukannya……..

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 3-4

Sunday, September 4, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (2)

Pada suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri, terdengar orang berlaung: Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yatsrib.

Orang ramai segera bergegas menuju jalan yang akan dilalui oleh nabi pembawa hidayat dan kebaikan……

Mereka berlumba-lumba  untuk sampai, kelompok demi kelompok. Golongan kanak-kanak turut  menyelit dan mencelah gerombolan tersebut. Jelas tampak di wajah mereka raut kegirangan yang memenuhi perasaan keanakan mereka.

Rasulullah saw dan sahabatnya Abu Bakar sampai. Unta yang dinaiki berjalan di celah-celah orang ramai yang bersesak-sesak.

Wanita dan anak-anak kecil yang berada di rumah, naik ke tingkat atas. Mereka tertinjau-tinjau dari jauh kearah rasulullah saw. Mereka tertanya-tanya: Yang manasatu dia….yang mana satu dia.

Itulah hari yang tidak dapat dilupakan. Hinggakan kenangan itu masih terus basah dalam ingatan Anas walaupun umurnya telah menjangkau lebih 100 tahun.

Tidak berapa lama rasulullah saw berada di Madinah, Ghumaisho’ binti Milhan, ibu Anas datang bertemu baginda. Beliau turut membawa bersama anaknya, Anas yang masih kecil tersebut. Anas berlari-lari di hadapannya. Rambutnya terjurai di dahinya.

Setibanya di hadapan nabi saw, beliau memberi salam.

Wahai rasulullah….semua lelaki dan wanita Anshor telah   memberi hadiah kepadatuan. Namun saya tiadaapa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya ini….Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan mahu…, kata ibu Anas kepada nabi saw.

Rasulullah saw amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis. Bagindamengusap-usap kepala Anas. Nabi saw menyentuh anak rambut Anas dengan hujung jarinya. Lalu, baginda menjadikannya sebahagian anggota keluarganya.

Wallahu ’alam

Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 2-3

Wednesday, October 5, 2011

Zu al-Bijadain

Syahid :

Dalam Peperangan Tabuk, Zu al Bijadain memohon Nabi saw mendoakan agar beliau  memperolehi syahid dalam peperangan tersebut. Namun baginda mendoakan agar beliau terselamat daripada senjata orang-orang kafir. Beliau merayu kepada nabi saw : Demimu saya tebus ayah dan ibu saya wahai rasulullah. Bukan ini yang saya mahukan.

Lalu nabi saw bersabda kepadanya : Apabila kamu keluar berperang di jalan Allah tiba-tiba kamu sakit dan meninggal dunia maka kamu memperolehi syahid.....apabila tunggangmu tiba-tiba menjadi liar dan kamu terjatuh lalu kamu terbunuh maka kamu tetap memperolehi syahid......

Tidak berapa lama, Zu al-Bijadain diserang demam dan meninggal dunia.  Abu Bakar dan umar ra menghulurkan jenazah ke dalam kubur. Nabi saw mengarahkan kepada mereka : Bawa ke mari mayat saudara kamu. Lalu mereka menghulurkannya kepada nabi saw.

Baginda mengambil jenazah tersebut dan meletakkannya ke dalam lahadnya....

Abdullah bin Masud yang berdiri menyaksikan pengkebumian tersebut berkata : Alangkah bertuah jika saya menjadi pemilik lubang  ( kubur) ini....Demi Allah saya kepingin kalaulah saya berada di tempatnya. Saya telah memeluk Islam 15 tahun lebih awal daripadanya....


Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hambaMu pohon dikurniakan iman yang sempurna, keyakinan yang sebenar-benarnya, rezeki yang luas, hati yang khusyu’, lidah yang sentiasa menyebut-yebut namaMu, barang-barang halal yang baik, taubat yang bersungguh-sungguh sebelum mati, keampunan dan rahmat sesudah mati, kemaafan ketika dihitung amalan-amalan, kejayaan dengan mendapat syurga dan keselamatan dari neraka dengan belas kasihMu. Ameen