Anas
bin Malik atau Unais (panggilan manjanya ketika kanak-kanak) baru berumur 10
tahun ketika beliau bertuah, mula berkhidmat dengan nabi saw. Beliau hidup
bersama dan di bawah jagaan nabi sehingga baginda saw bertemu menghadap Allah
Taala.
Oleh
itu jangka masa beliau bersama baginda genap 10 tahun. Ketika itulah tegukan
pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadis nabi
saw dan ia memenuhi dadanya. Beliau mengetahui keadaan, kisah, rahsia dan sifat
mulia baginda yang tidak diketahui oleh orang lain.
Anas
bin Malik dilayan baik oleh nabi saw. Hinggakan anak pun tidak dapat merasai
layanan sebegitu daripada bapanya.
Beliau
dapat mengecapi kecantikan sifat mulia dan keagungan keperibadian baginda saw
yang didambakan dunia.
Ayuh
kita biarkan Anas menceritakan beberapa gambaran menarik tentang layanan nabi
saw yang beliau rasai. Kerana beliau lebih mengetahui dan gambarannya lebih
kuat.
Kata
Anas bin Malik:
Rasulullah
saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan
terlalu penyayang.
Suatu
hari baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun
keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya di pasar.
Maka saya tidak pergi ke tempat yang rasulullah maksudkan. Sesampainya saya ke
tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia
memegang baju saya……..Saya pun berpaling, saya lihat rasulullah tersenyum
seraya bertanya: Wahai Unais, adakah kamu
telah pergi ke tempat saya suruh tadi?.
Saya
rasa bersalah dan saya berkata: Baiklah.
Saya akan pergi sekarang juga wahai rasulullah.
Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan
nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun rasulullah saw berkata:
Mengapa kamu buat begitu…jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak
melakukan sesuatu, baginda juga tidak pernah berkata: Mengapa kamu tidak
melakukannya……..
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 3-4
No comments:
Post a Comment