Asma ul-Husna ke-43
Al-Karim ertinya Allah Maha Mulia yang Maha Pemurah lagi Maha Dermawan
sebagaimana firmaNya bermaksud:
Sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya, lagi Maha Pemurah.
(An-Naml:40)
Maha Mulia yang Maha Pemurah
Para ulama
mengatakan bahawa segala sesuatu yang dipandang baik, berharga, mempunyai erti
besar adalah Karim.
Secara
linguistik, seseorang yang gemar bersedekah juga disebut karim, dermawan.
Segala sesuatu yang terdapat dalam kategorinya sendiri dalam kedudukan tinggi
disebut karim. Allah disebut al-Karim, suatu sifat yang mendedahkan kasih
sayang dan kemurahanNya. Allah sentiasa pemurah dan Dia akan selalu demikian.
Dia jauh dari segala kerendahan. Dia memberi (sesuatu) secara melimpah ruah dan
Dia memberinya sesuatu secara menawan.
Al-Karim bermakna
memaafkan walaupun Dia mampu menurrunkan azab yang paling pedih. Dia memenuhi
janji-janjiNya. Dia memberi lebih daripada apa yang orang mohonkan kepadaNya.
Dia tidak memikir berapa banyak yang Dia berikan dan kepada siapa; Dia tidak
mengizinkan siapapun yang mencari perlindungan kepadaNya mengalami kebinasaan.
Tidak ada sesiapa pun selain Allah yang mempunyai sifat demikian.
Sifat manusia yang
ke-43 ialah berhati mulia dan dermawan
Merujuk kepada
perkara ini, maka sifat manusia yang ke43 dengan bercermin pada asma ul-Husna
ialah memiliki hati yang mulia dan sikap dermawan.
Bangsa Arab biasa
menyebut sesuatu sebagai karim jika ia memiliki kebaikan atau sifat yang patut
dipuji. Rasulullah saw bersabda: Yusuf adalah yang paling dermawan di antara
manusia, yang bermakna kedermawan adalah termasuk di antara sifat-sifat nabi
dan rasul.
Salah satu dari
tanda kebesaran dan kemurahanNya adalah bahawa Dia memberikan kurniaNya kepada
orang-orang yang yang tidak berhak mendapatkannya. Dia mendermakan kemurahanNya
walaupun kepada orang yang menentang perintahNya. Jika sifat-sifat ini
dijadikan pengajaran dan iktibar ertinya kita wajib mempunyai sifat-sifat
dermawan dan pemurah kepada semua orang.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment