Tuesday, September 13, 2016

Sorotan Al-Fatihah ( 2 )

Kami memohon, pimpin kiranya  kami ke jalan itu, jalan bahagia yang pernah ditempuh oleh manusia-manusia  yang Engkau cintai dan mencintai Engkau, yang menegakkan jalan terang  di dunia ini.

Sekali-kali bukanlah kami meminta kulit nikmat. Di luar kelihatan  mewah, padahal jiwakering dan gersang, kerana tidak pernah disirami oleh air hujan hidayatMu. Kami tidak memohonkan yang demikian. Yang kami mohonkan ya Tuhanku, ialah nikmat yang kekal abadi, nikmat akan menjadi suluh kami di dalam hidup di dunia ini, dan bekal yang akan kami menghadap Engkau di akhirat, diliputi oleh ridha Engkau. Aameen.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Hamka
Tafsir Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 83

No comments:

Post a Comment