Asma ul-Husna ke-48
Al-Wadud ertinya Maha Pencinta, yang Maha Mencintai orang-orang yang
beriman sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dan Dialah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Pencinta.
(Al-Buruuj:14)
Maha Pencinta
Al-Wadud berasal dari kata wudd,
ertinya cinta dan persahabatan dan ia berlaku bagi semua kebaikan. Allah adalah
al-Wadud kerana Dia mencintai hamba-hambaNya.
Cinta Allah adalah cinta hakiki kerana ia tidak bertambah disebabkan
kestiaan ataupun menurun disebabkan kebencian. Al-Wadud berusaha menunjukkan
cintaNya kepada para waliNya dengan menjelmakan pengentahuanNya kepada mereka.
Al-Wadud adalah Zat yang Maha Pencinta dan Maha Dicintai. Apabila seorang
hamba Allah menceburkan diri pada kedalaman pengetahuan kesempurnaan Allah,
kesempurnaan yang menyebabkan seorang hamba Allah untuk lebih mencintai
Tuhannya, maka pengentahuannya akan mencapai kemuncaknya, dan dia akan
mendapatkan banyak kebahagiaan ketika menyembahnya.
Mencintai
Merujuk kepada perkara ini maka sifat manusia yang keempatpuluh lapan
dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah mempunyai rasa cinta dan kehambaan
yang tinggi.
Al-Wadud sangat mencintai hamba-hambaNya, yang berupaya dicintai oleh orang
yang bertaubat melalui ampunanNya dan oleh semua makhlukNya dengan memberi
rezeki kepada mereka secara cukup. Hamba-hamba Allah yang soleh mencintaiNya
kerana pengetahuan mereka akan kesempurnaanNya dan kesempurnaan sifat-sifatNya
dan kerana kemudahanNya untuk mengampuni.
Suatu hari empat gigi rasulullah sawpatah dan wajah baginda berdarah. Namun
apa yang dilakukan orang kafir terhadapnya tidak menghentikannya dari mendoakan
mereka atau mengharapkan kebaikan bagi mereka. Ini menunjukkan rasulullah saw
mencintai semua makhluk sehingga baginda dikatakan rahmat bagi seluruh alam.
Rasulullah saw pernah mengatakan: Apabila Allah mencintai salah seorang
dari hamba-hambaNya, Dia menyuruh Jibril untuk mengatakan demikian kepada si
hamba itu, kemudian Jibril mencintai hamba itu, maka ia meminta para penghuni
langit seraya berkata: Allah mencintai
sifulan, oleh itu kalian pun harus mencintainya. Sesudah itu para penghuni
langit mencintainya. Dengan demikian cinta kepadanya (si hamba) akan
tersebar di antara para penduduk bumi.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka
Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment