KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan
Penumbra buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 September). Menurut Agensi
Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula
disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu,
dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang
paling dalam pada 2.54 pagi.
"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan
bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.
"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang
cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan," menurut Angkasa dalam
kenyataan di sini Khamis.
Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun
ini adalah pada 23 Mac lepas.
Menurut Angkasa, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar
kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang
gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi
yang gelap.
"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah
dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan
seperti binokular ataupun menggunakan teleskop," menurut agensi itu.
Menurut Angkasa, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan
untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.
Mstar online
16 September 2016
Ya Allah anugerahkan kami kebaikan dunia dan akhirat daripada sisiMu.Lindungi kami dengan perlindungan dan kebaikan sebagaimana permohonan nabi kami Muhammad saw. Aameen Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment