Ramai yang suka bercakap
Melakukan belum tentu cekap.
Ramai yang pandai mengumpat
Hendak sangat tetapi tak dapat.
Ramai yang tahu mengutuk
Perangai sendiri sukar dibentuk.
Ramai yang gemar mengata
Tiada berita buatlah cerita.
Ramai yang cepat marah
Ramai yang tidak sedar
Nasihat diberi mulai pudar.
Ramai yang cakap di belakang
Ke depan tak berani bangkang.
Ramai yang cakap itu ini
Beri cadangan tak pula berrani.
Ramai yang diam sahaja
Buat apa cari kerja.
Ramai yang suka menghina
Seeloknya mengkritik untuk membina.
Ramai yang buat tidak tahu
Tiada niat berganding bahu.
Ramai yang tidak simpati
Sudah tahu buat tidak reti.
Ramai yang tak ambil kisah
Biar senang tak mahu susah.
Wallahu alam.
Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012
No comments:
Post a Comment