a) Hiduplah seolah-olah hari ini hari terakhirmu. Ya itu
kemungkinan sahaja…Berapa ramai manusia yang telah menemui kematian dalam
keadaan menunda ibadah dan taubat kerana merasakan esok masih ada!
b) Ingat, mati itu sesungguhnya menghidupkan hati. Biarlah
mati sentiasa hidup di hati kita.
c) Hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati.
Insya-Allah diri akan lebih berani. Lebih tabah untuk mujahadah. Lebih cepat
untuk bertaubat. Dan lebih gagah untuk beribadah. Diri yang ingat mati akan hidup!
d) Milikilah hati yang celik dengan mencintai syurga tanpa
meminggirkan dunia!
e) Ketika senang, mengapa tergamak menzalimi orang lain
dengan kelebihan? Ketika susah, mengapa tega menzalimi diri sendiri kerana
kekurangan?
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
Ya Allah, kami adalah hambaMu. Kurniakan kepada kami ketentuanMu yang
terbaik ya Allah. Kami berusaha, kami berikhtiar ya Allah. Berikan takdirMu
yang terbaik kepada kami hambaMu ya Allah. Berikan jalan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment