a) Apabila kenyataan terlalu
pedih untuk diluahkan, berdiam diri dan mendoakan adalah lebih baik demi
memelihara persaudaraan.
b) Orang yang pemaaf selalunya
mudah tidur, boleh makan apa sahaja dengan berselera dan tinggal di mana sahaja
bagaikan istana. Justeru, jika sukar tidur pada waktu malam, asyik mengeluh
tidak berselera dan suka merungut tentang rumah yang kecil, mungkin disebabkan
sikap kita yang sukar memaafkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri
sendiri!
c) Memaafkan kekadang lebih sukar
daripada meminta maaf terutamanya apabila kita berkuasa dan berpeluang untuk
membalas!
d) Sekiranya kita jujur dengan
diri sendiri, kita akan jujur dengan orang lain. Ingatlah, seorang yang menipu
orang lain sebenarnya menipu dirinya sendiri.
e) Selagi kita muslim, selagi
itulah kita bersaudara. Mudah-mudah-mudahan lebur aku dan kami yang teguh cuma
kita!
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment