a) Dikisahkan pada suatu ketika
dia telah menyerahkan pakaiannya yang bertampal untuk dibasuh. Orang yang
membasuh pakaiannya itu kemudiannya telah memulangkan pakaian yang baru
kepadanya, tetapi setelah melihat pakaian tersebut lalu dia pun menolaknya
dengan berkata: Pakaian lama saya itu menyerap peluh lebih baik.
b) Pada suatu ketika Ummul
Mukminin Hafsah (dan Aisyah) ra telah memberanikan diri untuk bersuara kepada
Khalifah Umar dengan berkata: Oleh sebab kita bukan lagi sebuah negara miskin,
lalu apabila para duta dan wakil daripada beberapa negara yang berlainan
memohon untuk mengadap, sewajarnya dan tolonglah pastikan ayah berpakaian lebih
baik dan tukarlah status sosial ayah.
Mendengarkan itu, Khalifah Umar
ra membalas: Sebagai isteri-isteri rasulullah saw adalah tidak wajar anda
berdua meminta saya menyerapkan budaya kekayaan duniawi. Wahai Habsyah, adakah
kau lupa yang pada satu-satu ketika kau hanya memiliki sebidang kain sahaja di
dalam rumah kau, pada siangnya kau bentangkan di atas lantai dan pada malamnya
kau gunakan untuk tidur. Pada suatu ketika kau lipatkan dua kain itu dan nabi
saw tertidur sepanjang malam di atasnya hanya setelah sayidina Bilal ra
menyerukan akan azab beliau. Lalu pada masa itu baginda bersabda: Habsaf,
kenapa kau lipatkan dua kain alas ini, saya terlena hingga ke pagi, saya tidak
ada kaitannya dengan keselesaan di dunia. Disebabkan kelembutan alas tempat tidur
ini, lalu saya menjadi lalai.
c) Pada suatu hari, ketika hendak
menyambut kedatangan utusan-utusan daripada luar negara, puterinya Ummul
Mukminin Hafsah ra telah berkata kepada: Ayah! Ayah bersalinlah dengan pakaian
yang indah apabila wakil-wakil daripada luar negara itu datang mengadap ayah!
Khalifah Umar ra memandang muka
puterinya sambil bertanya: Hafsah, adakah kau tahu, bahawa orang yang lebih
mengetahui hal seseorang itu adalah terdiri daripada kaum keluarganya sendiri?.
Benar, jawab Hafsah. Kalau begitu, kenapa kita perlu tukar cara hidup kita
dengan berpura-pura? Hafsah kelihatan membisu.
Jawablah! Pinta ayahnya.
Seterusnya dia menyambung: Tahukah kau wahai Habsah, bahawa rasulullah saw itu
kekal menjadi nabi, dan sering bersama-sama ahli rumahnya. Baginda tidak kenyang
pada siang hari, melainkan beliau mengikat perut pada waktu malamnya, dan tidak
kenyang pada waktu malamnya melainkan baginda mengikat perut pada siang
harinya?
Sifat nabi saw masih segar di
dalam ingatannya. Kemudian disambungnya lagi: Engkau bukannya tidak ketahui
wahai Habsah, bahawa rasulullah saw biasanya tidur di atas sehelai selimut
berlipat dua. Tetapi pada suatu malam, Aisyah telah melipatnya menjadi empat
lapis. Lalu baginda tidur di atasnya. Apabila baginda bangun tiba-tiba baginda
bersabda: Kamu telah menghalang saya daripada bangun pada malam hari kerana
selimut yang berlapis-lapis ini, jadikan seperti biasa sahaja.
Demi Allah, ayah sedia tahan
menanggung derita akan kesempitan hidup. Mudah-mudahan ayah akan dapat
menikmati kemewahan hidup di dunia dan akhirat, balas Hafsah ra sambil memohon
untuk beredar.
Wallahu alam.
Haji Husseiny bin Zamburi
Sejarah hidup Khalifah Umar b
Al-Khattab ra, 2012
No comments:
Post a Comment