a) Tidak ada jalan yang panjang jika kita melaluinya bersama
orang yang tersayang. Jalan menuju Allah itu mudah jika ada isteri di sisi
seperti Khadijah. Jalan hijrah itu tidak sukar jika bersamanya ada teman
seperti sayidina Abu Bakar.
b) Usah gentar dengan kekuatan musuh jika kita telah membina
kekuatan sendiri.
c) Manusia yang paling berpotensi untuk mengeji di
belakangmu ialah dia yang memuji secara keterlaluan di hadapanmu!
d) Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah
hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah. Apa yang
tidak mampu, serahkan kepada Allah.
e) Sekiranya hati masih bertanya, mengapa dunia ini tidak
adil? Jawabnya, kerana Allah Yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di
akhirat.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment