a) Tidak akan lurus hubungan
dengan manusia selagi tidak tulus hubungan dengan Allah. Perbaikilah hubungan
dengan Allah, nescaya akan baiklah hubungan kita dengan suami, isteri, anak,
sahabat, saudara, rakan sekerja dan jiran tetangga.
b) Dosa itu mengotorkan jiwa.
Jiwa yang kotot akan merenggangkan persahabatan, persaudaraan dan apa jua
ikatan sesama insan.
c) Mudah-mudahan kita tetap
mengamalkan akhlak rasulullah saw ketika menegur orang yang tidak berakhlak
dengan rasulullah kerana begitulah yang ditunjukkan oleh baginda sendiri ketika
menegur orang yang tidak berakhlak kepadanya!
d) Keegoan seseorang seringkali
mencabar keegoan seseorang yang lain. Justeru, apabila kita sering tercabar
dengan keegoan orang lain, berhati-hatilah kerana itu mungkin bayangan keegoan
diri kita sendiri!
e) Manfaatkan persamaan dan
uruskan perbezaan, akan terhasillah keserasian dan keindahan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment