a) Ingatlah Allah memberi untuk kita memberi kepada
hambaNya. Semakin banyak yang kita beri, semakin banyak pula Allah akan memberi
untuk kita terus memberi. Memberi tidak akan pernah mengurangkan bahkan akan
menambahkan.
b) Jika takut miskin, berniagalah dengan Allah menerusi
jihad, zakat dan sedekah.
c) Lupakan peristiwa pahit sebaik sahaja mengambil
pengajaran daripadanya. Forgive and forget! Jangan biarkan diri disengat dua
kali oleh satu kepahitan. Satu semasa mengalaminya. Kedua semasa mengenanginya.
Let go, and let Allah! Siapa yang selalu menoleh ke belakang, tidak akan
bergerak ke hadapan. Yesterday ended last night!
d) Hidup selagi hidup. Jangan mati sebelum mati.
e) Jika kita katakan kejayaan itu kepada keadaan nabi Ismail
yang tidak jadi disembelih oleh ayahnya nabi Ibrahim as dengan digantikan
dengan seekor kibasy……apakah nabi Zakaria as yang syahid dan terbelah dua
kerana digergaji oleh musuh Allah itu tidak berjaya? Apakah Sumayyah yang mati
ditusuk lembing oleh kafir Quraisy itu tidak berjaya?
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut
rasa,2013
No comments:
Post a Comment