a) Yang kita harap daripada
manusia Cuma dua – nasihat dan doanya. Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan
ukhwah kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah….kerana ada doa
dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.
b) Menyedari keaiban diri akan
menahan lidah dan hati daripada mengeji orang lain.
c) Berapa banyak nasihat, apabila
difikirkan secara tulus dan mendalam sebenarnya lebih diperlukan oleh
pemberinya berbanding penerimanya!
d) Membuka aib insan lain seperti
membuka aib sendiri kerana perbuatan membuka aib orang adalah aib yang lebih
buruk!
e) Kemarahan kita terhadap orang
lain lebih membakar diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan. Oleh itu,
penting sekali untuk kita memaafkan kerana ia akan memberi ketenangan pada diri
kita sendiri sebelum ketenangan itu dinikmati oleh orang yang kita maafkan.
Wallahu alam.
Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013
No comments:
Post a Comment